5 Cara Terbaik Untuk Meningkatkan Penglibatan Media Sosial Anda

Kebanyakan syarikat faham akan nilai kewujudan dan pentingnya media sosial. Pada tahun 2017, terdapat sebanyak 2.46 billion pengguna media sosial di serata dunia dan bilangan tersebut akan meningkat secara berterusan. Penggunaan media sosial adalah satu cara marketing tool yang mudah untuk perniagaan anda. Anda boleh mempromosikan produk anda di hadapan ribuan malah jutaan pengguna baru tanpa perlu mengeluarkan modal waima satu sen sekalipun.

Jika anda ingin menarik perhatian ramai ke atas jenama anda, berikut adalah 5 langkah bagaimana untuk meningkatkan perhubungan media sosial anda.

       1) Penggunaan imej di post

Penggunaan imej di media sosial adalah suatu kemestian. Dengan adanya pelbagai platform seperti Instagram, Facebook, dan Twitter yang terkenal dengan kemudahan perkongsian imej, ianya adalah suatu kemestian buat anda untuk menggunakan kemudahan tersebut sepenuhnya.

Perkongsian gambaran pengguna berinteraksi bersama dengan produk anda adalah cara terbaik untuk anda lebih dikenali. Variasikan gambaran imej anda dengan sesuatu yang menarik melalui imej-imej yang lebih ceria, berkonsepkan western atau apa-apa sahaja yang bersesuaian dengan produk anda. Anda boleh menggunakan khidmat designer dalam mencipta ilustri custom yang terbaik dan terhebat!

Apabila pengguna sedang melayari feed media sosial mereka, imej yang lain dari yang lain ini akan menarik minat orang ramai untuk mengenali produk anda secara dekat. Cara ini secara tidak langsung akan membawa kepada keputusan penglibatan yang positif di post anda.

 2) Bertanyakan soalan

Permulaan sesuatu soalan bersama dengan followers media sosial anda adalah langkah terbaik dalam menarik penglibatan mereka. Apabila anda post sesuatu di media sosial anda, jangan lupa untuk selitkan sedikit soalan asas di penghujungnya seperti “Bagaimana dengan hari minggu anda? Best tak?”. Langkah ini akan menggalakkan followers untuk respon dan komen.

Anda juga boleh menanyakan soalan yang berkaitan dengan produk anda kepada followers. Sebagai contoh, syarikat pakaian boleh bertanyakan soalan ; “Anda lebih gemarkan tema berwarna pastel atau basic untuk Hari Raya nanti?”. Secara tidak langsung, anda akan memperoleh penglibatan media sosial yang positif di post anda dan sebagai bonus, maklum balas berkaitan produk anda akan turut diketahui.

    3) Menggalakkan reaksi melalui Emojis

Maklumkan pengguna untuk mengekpresikan reaksi mereka melalui emojis. Emojis adalah satu langkah yang menyeronokkan untuk membolehkan pengguna berinteraksi di dalam post anda. Jika anda mahu mereka sukakan sesuatu, tambahkan emoji ‘😍’ dan jika anda ingin memastikan jenaka anda menarik, tambahkan emoji ‘😂’.

Kadangkala, ia boleh menjadi agak sukar untuk menyampaikan emosi melalui penulisan, jadi apabila anda boleh menyatakan emoji anda bersama, followers akan memahami mesej yang ingin disampaikan dengan mudah. Tetapi ingat! Jangan penuhkan post anda dengan emojis yang banyak – ini akan membawa kepada unsur yang agak tidak matang. Gunakan dengan berhati-hati dan pastikan ianya bersesuaian dengan jenama anda.

 4) Mempunyai sifat bergurau (sense of humor)

Kebanyakan daripada mereka yang melayari media sosial adalah bertujuan untuk relaks dan mendapatkan sedikit keseronokkan. Jadi, post yang berunsurkan gurauan akan memperoleh lebih maklum balas dan akan menarik perhatian ramai serta akan selalu diingati. Sebagai contoh, iklan telekung Siti Khadijah dengan tagline “Nak… mak teringin nak pakai telekung Siti Khadijah”. Ramai yang gemar akan iklan ini kerana ayatnya yang ringkas dan padat.

Jika anda rasa skill gurauan (sense of humor) anda agak lemah, jangan risau. Selain daripada membuat post bertulis berunsur gurauan, anda boleh juga berkongsi apa-apa meme atau gambaran lucu kepada followers anda.

   5) Adakan giveaways dan contest

Ramai yang gemarkan hadiah. Jadi, dengan adanya giveaways dan contest, ini akan meningkatkan perhubungan di media sosial anda secara tidak langsung. Cara yang termudah untuk mengadakan giveaways melalui Instagram, Facebook dan Twitter adalah melalui post pengumuman peluang memenangi salah satu dari produk anda kepada followers.

Pastikan anda memasukkan gambaran produk yang bakal dimenangi ke dalam post dan tetapkan beberapa syarat pertandingan wajib. Antaranya, dengan menyuruh mereka follow media sosial anda, diikuti dengan ‘like’ dan ‘share’ post giveaway tersebut. Orang ramai sudah semestinya tidak akan melepaskan peluang untuk mengambil bahagian dalam pertandingan yang menyeronokkan sebegini dan secara tidak langsung, ia boleh meningkatkan jumlah followers anda.

Media sosial adalah medium yang sangat berharga, serta ianya adalah sesuatu yang percuma untuk anda ambil kesempatan di dalam mempromosikan perniagaan anda ke khayalak ramai. Tetapi anda tidak hanya boleh mengiklankan produk anda dan mengharapkan sesuatu keajaiban yang bombastik untuk berlaku tanpa mengusahakan cara marketing yang lain tau! Dengan adanya penglibatan di media sosial, anda akan mempunyai cara anda yang tersendiri untuk mengembangkan penglibatan yang bermakna bersama followers anda serta meningkatkan jualan yang sedia ada.

Sekiranya anda menggemari artikel seperti ini, sila berikan feedback mahupun respon di ruangan komen di bawah. Terima kasih 🙂

Oleh: N.S Firdaus

Photo by :  Artsy Couture

9 Cara Terbaik Untuk ‘Take 5’ Semasa di Dalam Pejabat

Hi semua! Pernah tak anda mengalami situasi bilamana tengah khusyuk sangat buat kerja dan sedar-sedar je, dah sampai lunch hour, dah lewat petang dan kadang-kadang tu sampai tak sedar dah habis waktu kerja. Khusyuk sangat buat kerja sampai tak sedar dengan keadaan sekeliling la kan? Ish ish ish… Tak bagus selalu macam tu tau!

Fokus dan bekerja itu bagus, tetapi terlampau kuat buat kerja sampaikan tiada masa untuk berehat pun tak bagus jugak. Jadi di sini, jom saya ajarkan 9 cara terbaik untuk ‘take 5’ semasa di dalam pejabat.

   1) Jangan terlampau berkurung di dalam pejabat

Walau hanya untuk seketika, jadikan ia sebagai suatu kemestian untuk keluar dan dedahkan diri anda dengan sinaran matahari dan melihat tumbuhan hijau. Elakkan dari terlampau mengurungkan diri anda di dalam ‘penjara batu’. Sinaran matahari itu sendiri boleh memberikan anda vitamin D dan berfungsi sebagai anti depressi secara semulajadi. Berada di ruang berhawa dingin dalam jangka masa yang lama dan kemudiannya berjemur di bawah sinaran matahari buat seketika tidak akan membawa apa-apa harm pun kepada anda.

  2) Senyum

Senyum. Senyum selalu… Lontarkan senyuman paling ikhlas dan terbaik anda! Senyuman anda itu secara tidak sengaja akan memberikan impak positif kepada orang sekeliling malah kepada anda sendiri. Lagipun, senyuman itu kan sedekah. Senyum tigeee…

  3) Amalkan pengambilan buah oren

Kajian menunjukkan, pengambilan vitamin C dapat mengurangkan kadar hormon stress termasuk tekanan darah anda. Alahhh… Sesambil buat kerja tu, dari asyik mengunyah jajan atau makanan ringan, baik kita amalkan mengunyah buah-buahan yang kaya dengan vitamin macam buah oren ni kan.

4) Belai haiwan peliharaan

Eh! Jangan terkejut. Jangan pergi beli haiwan peliharaan dan pelihara di office pulak. Hehehe. Tetapi, kalau berminat dan teringin pun apa salahnya kan. Kajian juga mendapati, terapi bersama haiwan peliharaan juga dapat mengurangkan kadar kebimbangan. Jadi, kiranya anda mungkin bekerja dari rumah dan mempunyai haiwan peliharaan, luangkan masa dengan membelainya. Jika tiada, dengan menonton video-video haiwan peliharaan juga boleh memberikan ruang pada minda anda untuk berehat.

     5) Relaks dan bernafas secara teratur

Relakskan badan berserta minda anda dengan bernafas secara teratur. Pernafasan juga memerlukan teknik yang betul. Anda boleh belajar teknik pernafasan yang betul di sini.

 6) Ceriakan diri dengan hiburan

Hiburan yang dimaksudkan di sini adalah hiburan melalui nyanyian atau tarian. Saya pasti ramai yang mempunyai bakat-bakat terpendam kan? Jadi, jangan khuatir atau malu-malu jika anda melakukan salah satu dari yang tersebut semasa ‘take 5’. Sekiranya ada yang memandang, ajak mereka sekali! Kajian menyatakan, dua aktiviti ini dapat membantu menaikkan self-esteem serta menaikkan tahap ketenangan anda tauuu…

7) Dark chocolate

Apabila saya menyatakan point ini, pasti ramai yang dah tersenyum-senyum kegembiraan dan bersetuju dengan point ni kan? Tambah-tambah kaum hawa. Hehehe. Tidak mengapa wahai kaum hawa sekalian, teruskan amalan memakan dark chocolate kegemaranmu! Menurut kajian, dark chocolate dapat memberikan anda antioksidan dan merangsang otak anda untuk melepaskan beta endorphin yang akan memberikan anda kegembiraan secara tidak langsung.

     8) Siram tanaman kecil

Anda tidak berada di kedudukan yang dipenuhi tumbuhan hijau? Tidak mengapa, anda boleh sahaja menanam apa-apa sahaja tanaman kecil di ruang pejabat. Dengan menyiram tumbuh-tumbuhan tersebut, anda akan memperoleh ketenangan dan dipulihkan perhatian serta fokus untuk kembali semula ke tugasan kerja.

   9) Power nap

Power nap sebenarnya adalah satu perkara yang bagus dalam kehidupan seharian kita, jadi jangan panik sekiranya situasi ini sering kali terjadi kepada anda. Masa yang terbaik untuk melakukan power nap adalah semasa tengah hari di mana ia dapat mengembalikan semula ketajaman minda dan ‘physical performance’ anda. Jadi, ayuhlah power nap! Tetapi nak buat power nap ada tempohnya tersendiri tau! Jangan lama-lama pulak…

Mengambil sedikit masa untuk berehat adalah sama pentingnya dengan mengambil masa dalam melakukan kerja anda. Jom kongsikan dengan kami cara ‘take 5’ yang manakah yang menjadi pilihan anda!? Atau mungkin anda mempunyai cara ‘take 5’ anda tersendiri yang ingin dikongsikan? Jom la share di ruangan komen di bawah!

Ambillah sedikit masa untuk ‘take 5’, kerana anda layak untuk mendapatkannya. Selamat mencuba!

Sekiranya anda menggemari artikel seperti ini, sila berikan feedback mahupun respon di ruangan komen di bawah. Terima kasih 🙂

Oleh: N.S Firdaus

Photo by :  rawpixel

9 Tanda Yang Mungkin Ada Di Dalam Diri Anda Untuk Menjadi Seorang Yang Berjaya!

Kita semua mungkin mempunyai pendapat tersendiri di dalam mendefinasikan maksud ‘kejayaan’. Ada yang beranggapan, kejayaan boleh dilihat dari sudut wang ringgit malah ada yang memandang pada pangkat ataupun gaya hidup. Lain orang lain pendapatnya.

Maksud kejayaan itu sendiri boleh dipandang dari pelbaga sudut mengikut faktor usia. Erti kejayaan boleh diperhatikan dari sudut dan aspek organisasi dari serata dunia.

      1. Anda memahami nilai yang anda tawarkan

Sesuatu nilai tersebut boleh dibentuk di mana-mana sahaja termasuk di tempat kerja. Apabila anda memahami nilai yang dibuat dan nilai tersebut membawa kepentingan di dalam sesebuah organisasi, anda akan dihargai, seterusnya kejayaan akan dicapai. Mudah bukan? Hanya dengan memahami nilai-nilai penting, anda akan berjaya!

      2. Anda perlu mendapatkan kehormatan, bukan mencari

Ramai yang ingin dikenali dan dihormati bukan? Tetapi terdapat perbezaan di antara mencari kehormatan dan mendapatkan kehormatan melalui sesuatu kejayaan. Jika anda memahami bahawa kerja, usaha malah keputusan anda dapat memenangi serta mendapatkan penghormatan dan pujian ramai, sudah jelas terbukti bahawa anda sudahpun mencapai tahap kejayaan yang tertinggi.

      3. Kemajuan adalah sesuatu yang menarik

Ironinya sesebuah kejayaan adalah bilamana anda menarik diri daripada berterusan untuk berjaya dan anda gagal. Kejayaan adalah sasaran yang bergerak. Tetapi, bagi mereka yang mendapatkan keterujaan dengan kemajuan-halangan yang berterusan, tidak kisah lah yang datang itu adalah halangan yang sedikit mahupun cabaran baru, mereka sudahpun menemui kejayaan mereka sendiri. Mengapa? Kerana mereka faham bahawa masa depan adalah perubahan yang konsisten. Akan adanya lebih kemenangan dan kekalahan. Mereka berjaya kerana mereka tahu akan adanya kemajuan yang pelbagai.

       4. Anda sedar anda boleh belajar dari sesiapa pun

Sewaktu kecil dahulu, ianya begitu mudah bagi kita untuk mencari orang yang sudah mencapai kejayaan hebat seperti ahli-ahli perniagaan ataupun keluarga sendiri. Saya yakin, ramai di kalangan anda sendiri belajar melalui orang sekeliling kerana ini adalah moment terbaik di mana mereka akan berkongsi pengalaman berserta pendapat tersendiri yang mungkin tidak akan anda dapat di tempat lain. Jadikan mereka sebagai mentor anda!

     5. Anda mempunyai satu tahap scrappiness

Scrappiness adalah suatu tahap di mana anda sanggup buat apa sahaja untuk berjaya. Tidak kisah anda datang dari mana, siapakah anda atau apakah pengalaman anda sekalipun, satu perkaya yang benar-benar membezakan tahap kejayaan seseorang adalah melalui kesungguhan scrappiness mereka. Jika anda adalah seorang yang sanggup bercakar, bertumbuk dan bersaing melalui apa cara sekalipun di dalam kerjaya anda, anda sudahpun berjaya. Ini adalah kerana anda tahu perasaan atau kesungguhan dalam menginginkan sesuatu dan apa yang harus anda lakukan untuk mendapatkannya.

      6. Anda tidak mempunya masalah untuk menyatakan ‘Tidak’

Dengan menyatakan ‘Tidak’ tidak bermaksud anda adalah seseorang yang susah untuk bekerjasama. Ini bermaksud, anda adalah seorang yang mempunyai kata suara dan pendapat tersendiri. Tahukah anda sebenarnya ketua mahupun majikan di luar sebenarnya menginginkan orang yang berani untuk menolak idea mereka? Mereka mahukan orang yang ingin belajar cara untuk menyuarakan ketidakpersetujuan mereka (dengan cara yang professional). Jika anda adalah seorang yang gemar menyatakan ‘Tidak’, anda dikategorikan sebagai seorang yang berjaya kerana anda tahu apa yang diinginkan dan siapa anda. You deserve what you are!

      7. Anda adalah penentu masa depan anda sendiri

Tibanya satu ketika bagi sesetengah orang adalah apabila mereka tidak perlu lagi diuruskan. Mereka tahu tugas mereka, mereka faham nilai mereka sendiri, juga mereka tahu matlamat peribadi mereka sendiri adalah lebih bernas dari matlamat syarikat yang telah ditetapkan untuk mereka. Jika anda sudah sampai ke tahap ini, anda sudahpun berjaya kerana anda tahu anda berkuasa dan lebih mengenali diri anda sendiri.

      8. Anda menghargai kejayaan orang lain

Apabila anda secara jujurnya lebih menghargai kejayaan rakan sekumpulan, anda sendiri sebenarnya sudahpun berjaya. Kenapa? Kerana anda faham kejayaan mereka adalah kejayaan berkumpulan, jabatan dan syarikat. Ianya mungkin kedengaran seperti sesuatu yang mudah, tetapi perkara sebegini sebenarnya adalah suatu perkara yang susah untuk dipelajari oleh kebanyakkan dari kita.

      9. Anda kasih pada orang sekeliling

Jika anda gemar ke tempat kerja kerana anda kasihkan dengan rakan sekerja anda, anda sebenarnya sudah pun berjaya! Saya pasti terdapat ramai yang mengganggap rakan sekerja seperti keluarga sendiri. Anda prihatin sesama sendiri, mengambil berat dan tahu, biar apa pun yang akan terjadi pasa masa hadapan, orang-orang ini akan menjadi rakan seperjuangan anda sepanjang hayat.

Kejayaan boleh diklasifikasikan di dalam pelbagai maksud buat kita semua. Tetapi, jangan hanya bertanyakan soalan “Berjayakah aku?” kepada diri anda tetapi ubah kepada “Adakah aku betul-betul berpuas hati dengan apa yang aku ada sekarang, dan kemanakah arah tuju aku selepas ini?”

Anda lebih mengenali siapa anda dan kejayaan apa yang anda inginkan. Jadi, ayuh! Mulakan kayuhan anda sekarang!

Sekiranya anda menggemari artikel seperti ini, sila berikan feedback mahupun respon di ruangan komen di bawah. Terima kasih 🙂

Oleh: N.S Firdaus

Photo by :  Anton Fritsler

Anda Gagal Sekiranya Anda Tidak Mempratikkan 6 Syarat Mudah Ini Semasa Melayan Pelanggan

Jika mana-mana syarat di bawah ini tidak dipraktikkan, anda berkemungkinan akan kehilangan mereka!

      1. Jangan menyaring panggilan (screen calls)

Saringan panggilan daripada pelanggan dan prospek adalah mainan kuasa ataupun punca yang akan membatalkan niat mereka untuk terus berinteraksi. Elakkan dari berbuat demikian jika perlu. Walau sesibuk mana pun anda dan berkemungkinan tinggi untuk anda melanggarinya, pastikan anda melakukannya dengan nilai sensitiviti yang tinggi. Sebagai contoh, gunakan ayat seperti, “Sudah tentu. Boleh saya beritahu Encik Azhar siapa di talian?” berbanding “Boleh saya tahu tujuan encik membuat panggilan berkenaan apa?”. Kata-kata berserta susun atur ayat memainkan peranan yang penting dalam menarik perhatian pelanggan serta mendekatkan mereka dengan anda. Ini akan membuatkan mereka berasa lebih mesra dan selesa.

      2. Jangan menyerahkan pelanggan kepada orang lain untuk permintaan yang tidak dapat anda kendalikan sendiri 

Salah satu perbezaan yang paling ketara antara perniagaan yang besar berbanding yang lain adalah individu pertama yang di-approach bersedia untuk menjawab serta mengendalikan apa sahaja soalan atau isu yang dituju/dipinta. Malah, hotel bertaraf 3 bintang juga turut mengaplikasikan syarat ini, misalnya; anda membuat panggilan di front desk untuk meminta bantal tambahan dan mereka akan terus menghubungi housekeeping untuk anda tanpa anda perlu membuat panggilan kedua.

Raikan atau layani pelanggan anda dengan kata-kata yang memberangsangkan serta positif. Fahami semua yang perlu anda tahu berkaitan produk/syarikat anda dan anda mungkin tidak lagi akan menghadapi keraguan dalam menjawab apa sahaja jenis soalan yang diutarakan.

      3. Jangan meletakkan pekerja yang kurang terlatih dan kurang berpengalaman

Pekerja yang berpengalaman juga perlu dengan memberikan mereka latihan yang sesuai. Kelebihan pekerja yang sebegini bukan sahaja memberikan kebaikan kepada pelanggan tetapi juga kepada syarikat dan team customer service malah untuk diri mereka sendiri. Bayangkan dengan adanya pekerja yang sedemikian, proses akan menjadi lebih cepat dan pantas.

      4. Jangan meninggalkan soalan “Apa khabar?” pelanggan secara tergantung 

Jika pelanggan bertanyakan khabar, jangan hanya menjawab “Baik” atau “Saya pun begitu” atau “Baik-baik sahaja, terima kasih” tanpa bertanyakan kembali kepada mereka. Ya, dengan bertanyakan kembali soalan “Apa khabar?” kepada mereka mungkin nampak seperti tidak memberikan impak yang besar, tetapi anda masih perlu mengekalkan momentum kemesraan yang sedemikian. Momentum di mana mereka akan merasakan kemesraan di antara penjual dan pelanggan.

      5. Akhiri ucapan “Thank you” pelanggan dengan “You’re welcome”, atau “My pleasure” atau “Thank you” berbanding “No problem”. 

Ini adalah kerana perkataan “No problem” atau “Tiada masalah” nampak seperti menyusahkan dari sudut pandangan pelanggan atau mungkin mereka merasakan mereka tidak sepatutnya berterima kasih kepada anda. Untuk mengelakkan salah faham yang sedemikian,  ada baiknya elakkan mengakhiri perbualan dengan “No problem”.

       6. Layani pelanggan seperti mereka adalah satu-satunya pelanggan anda

Pelanggan tidak akan pernah tahu tentang kesibukan kita waima apa sekalipun. Apa yang mereka mahukan adalah, persoalan serta kemahuan mereka dituruti dan dipenuhi. Antara maksim pelanggan yang paling penting dan terkenal adalah: Pelanggan berada di tengah di antara alam semesta pelanggan dan pastikan mereka berada di antara anda juga. Anda berkemungkinan akan terlupa mana-mana 5 syarat di atas dari masa ke semasa, tetapi syarat keenam ini adalah WAJIB dalam melayan pelanggan.

Meningkatkan kepuasan pelanggan dengan memahamai kehendak mereka adalah salah satu cara untuk mendapatkan kesetiaan pelanggan (customer loyalty) dan pelanggan yang berulang (customer retention). Sayangi pelanggan dan jadikan mereka yang teristimewa buat anda. Right or wrong, customer is always right! Betul tak?

Sekiranya anda menggemari artikel seperti ini, sila berikan feedback mahupun respon di ruangan komen di bawah. Terima kasih 🙂

Oleh: N.S Firdaus

Photo by : Tahoe Partners

5 Cara Terbaik Untuk Membawa Marketing Campaign Instagram Anda ke Langkah Seterusnya

 

Seperti artikel saya yang lepas mengenai cara dalam mendapatkan followers Instagram dengan cepat, saya pasti ramai yang menggemari medium sosial media seperti Instagram sebagai platform penjualan mereka. Dan tahukah anda bahawa Instagram juga merupakan platfrom terbaik di dalam melaksanakan marketing campaign yang hebat?

Jom saya tunjukkan cara-caranya!

1. Pemilihan masa yang sesuai semasa pelancaran kempen

Jika diperhatikan dari kebanyakkan marketing campaign, pemilihan masa yang sesuai adalah segalanya. Elakkan dari melancarkan marketing campaign Instagram anda sehinggalah masa itu adalah sejajar dengan rancangan dan matlamat syarikat anda.

Jenama Apple memberikan contoh yang terbaik. Selama bertahun-tahun jenama ini tidak mempunyai sebarang akaun Instagram. Sehinggalah sebulan sebelum iPhone 8 dan Iphone X dilancarkan, Apple telah melancarkan marketing campaign Instagram secara besar-besaran sehingga membawa kepada ratusan ribu followers hanya dalam masa satu jam.

Jadi, cuba set masa pelancaran anda dengan kemahiran yang sama bagi membina marketing campaign yang paling berjaya.

2. Kenal pasti sasaran pengguna dalam memahami tabiat Instagram mereka

Memahami pelanggan anda adalah penting dalam membangunkan produk serta perkhidmatan yang baik, dan ianya adalah sama penting dengan penaikkan marketing campaign Instagram secara cemerlang.

Semasa proses pelaksanaan kempen, pastikan anda kenal pasti sasaran pengguna anda dengan sebaiknya dan fahami tabiat mereka dalam mengggunakan Instagram. Dengan adanya informasi ini, anda pasti dapat membangunkan strategi kempen yang memenuhi jangkaan mereka.

3. Menguji jenis kandungan yang berbeza untuk mengoptimumkan kempen

Walaupun sasaran pengguna sudah dikenal pasti, anda masih perlu memilih format kandungan (Insta-Story, Live Video, dll.) Instagram yang terbaik. Langkah yang terbaik adalah dengan mencuba setiap format dan hanya memilih satu yang terbaik.

Berbeza dengan sosial media yang lain, Instagram menawarkan pelbagai format yang terbaik buat penggunanya. Antara yang terbaru adalah Instagram Stories, di mana fenomena ini telah menjadi pilihan daripada majoriti ; dan telah digunapakai oleh 250 juta pengguna. Malah, Instagram Live Video juga turut terbukti berkesan terutamanya di kalangan generasi muda.

4. Wujudkan strategi komunikasi silang untuk memaksimumkan keberkesanan

Menurut kajian yang dijumpai, terdapat lebih kurang 72% daripada pengguna menggemari interaksi melalui pelbagai saluran kempen. Ini menunjukkan, kempen Instagram berserta saluran sokongan yang lain perlu diselarikan oleh anda sebagai penjual.

Sebagai penjual yang ingin membangunkan kempen Instagram yang berkesan, anda perlu mengambil kira beberapa saluran seperti e-mel, paparan iklan, e-mel secara terus dan Live Video ke dalam strategi bagi menarik sasaran penonton.

5. Mencari inspirasi daripada pelbagai Content Creator

Kandungan yang menakjubkan, imej, video, Live Video atau Insta-Story, adalah bebenang yang sering digunakan di kalangan semua kempen Instagram terbaik berbayar. Untuk mencari inspirasi pada marketing campaign ini, anda boleh rujuk pada profil Instagram jenama terkenal dan berpengaruh serta jurugambar dan cinematographer yang terkenal.

Setiap kempen yang dijalankan pastinya akan membuahkan hasil yang terbaik. Fahami dan kenal pasti cara yang digunakan oleh jenama terkenal. Tidak salah untuk anda bertanya dan ikuti langkah seperti mereka. Tetapi janganlah ditiru setiap satu darinya, malah anda boleh pelbagaikan idea tersebut dengan cara tersendiri.

Marketing melalui Instagram adalah seperti art mahupun sains. Sama seperti eskperimen, anda perlu berterusan mencuba sehingga anda menjumpai jalan yang sesuai. Ayuh! Mula dan aturkan strategi anda sekarang!

Sekiranya anda menggemari artikel seperti ini, sila berikan feedback mahupun respon di ruangan komen di bawah. Terima kasih 🙂

Oleh : N.S Firdaus

Photo by : Philipp Dornbierer

7 Langkah Kreatif Promosikan Produk Anda

 

Anda dah ada produk dan juga shop/online store anda sendiri. Jadi, apakah langkah seterusnya yang perlu anda buat?

Produk anda sudah dikenali, jadi, sekarang adalah masa yang terbaik untuk anda mulakan trafik penjualan dan langkah untuk menaikkan sales di online shop anda. Tidak kisahlah sama ada anda adalah pendatang baru ataupun lama di dalam industri perniagaan ini, proses pembelajaran dalam mempromosikan produk adalah perlu. . Jom saya kongsikan kepada anda beberapa langkah kreatif terbaik dalam mempromosikan produk.

      1. Panduan Hadiah

Apa yang sering anda lakukan jika anda ingin mencari idea semasa membeli hadiah? Seperti kebanyakkan pengguna yang lain, mereka akan mula membuat carian di Google seperti “hadiah terbaik buat yang tersayang” atau “hadiah penghargaan kepada pekerja”. Kemudian, mereka akan mula skrol kesemua panduan hadiah yang pop up di search results tersebut.

Jadi, ada baiknya jika anda sendiri yang meletakkan produk anda di bahagian panduan hadiah tersebut kan? Dari situ, anda sudah boleh mula mencari senarai tertinggi yang menjadi pilihan pengguna dan mula menarik minat mereka. Fungsi seperti ini akan membawa kepada peratusan trafik yang tinggi kepada online shop anda.

Ingat. Anda perlu memberikan alasan kukuh mengapa anda perlu dipilih. Ceritakan sebab mengapa produk anda adalah yang terbaik mahupun unik (lain dari lain) untuk ditambahkan ke dalam senarai semasa tersebut.

      2. E-mel Pemasaran

E-mel merupakan salah satu rancangan yamg terbaik dalam menarik pelanggan baru. Sementara fungsi search ingin memulakan trafik mereka, e-mel pemasaran pula boleh terus memulakan operasi. Oleh sebab itulah anda perlu menggunakan e-mel untuk mempromosikan kedai online anda.

Anda tidak perlu membuang masa dengan menulis dan menghantar e-mel. Tetapi, anda boleh memudahkan kerja anda dengan mewujudkan e-mel automatik yang direka khas untuk meningkatkan pendapatan anda. Terdapat beberapa pilihan yang boleh digunakan, antaranya :

  • E-mel pelanggan baru anda dan tawarkan insentif membeli belah.
  • E-mel pengunjung yang membuat pembelian separuh jalan dan ingatkan mereka untuk melengkapkan proses pembelian.

      3. Pemasaran Perniagaan Melalui Sosial Media

Publisiti adalah satu cara terbaik dalam menarik pelanggan baru serta menarik minat mereka dengan produk anda. Bunyinya macam sedikit mustahil kan? Tapi, tidak mustahil sekiranya anda adalah seorang yang gemarkan sesuatu seperti publisiti. Bagi sesetengah wartawan mahupun penulis terkenal, mereka adalah golongan yang gemar menyuarakan pandangan melalui pelbagai cara. Tetapi, anda boleh membaiki keganjilan itu dengan menumpukan lebih perhatian kepada vlogger/instafamous.

Selain dari menghantar press release kepada mereka, anda juga boleh menghubungi mereka secara terus melalui e-mel peribadi dan bertanyakan mengenai sampel produk yang ingin dipromosikan.

Sebagai contoh, vlogger ataupun instafamous memainkan peranan yang agak penting dalam mempromosikan product review sejak kebelakangan ini.  Jadi, anda juga turut boleh menggunakan perkhidmatan product review daripada mereka. Nyatakan keinginan anda sama ada anda inginkan product review tersebut dilakukan melalui post bertulis, video atau mana-mana yang bersesuaian.

Kata kuncinya di sini adalah, pengguna/pelanggan baru sangat mudah tertarik dengan product review yang dilakukan oleh vlogger mahupun sesiapa yang terkenal. Perasaan mereka untuk mencuba atau membeli adalah tinggi. Ini adalah mungkin disebabkan oleh populariti si penyampai atau daya penarik yang digunakan mereka semasa melakukan review.

Antara vlogger/instafamous yang terkenal adalah seperti (Instagram – chazynash ; faizdickievp). Atau ada di antara anda yang pernah menggunakan mana-mana khidmat review dari vlogger/instafamous terkenal? Mungkin anda boleh kongsikan dengan kami.

p/s : Psss… Sekiranya anda mempunyai kenalan selebriti, ada baiknya anda minta bantuan mereka. Confirm melonjak-lonjaklah sales anda!

      4. Facebook Custom Audiences

Facebook sendiri sudah mempunyai berbillion pengguna dan sebagai platform pengiklanan yang terbaik, Facebook ada menawarkan beberapa pilihan dalam melakukan iklan berbayar. Facebook Custom Audiences adalah salah satu langkah terbaik dalam mempromosikan produk.

Dengan Facebook Custom Audiences, anda boleh mengiklankan produk anda secara terus kepada pelawat website mahupun pelanggan (melalui e-mel) anda. Kaedah ini dikatakan sebagai salah satu cara yang terbaik dalam mengenalpasti target anda dan juga memantau proses pengiklanan anda tersebut.

      5. Facebook Shop Section

Anda boleh menaiktaraf langkah pemasaran anda dengan menambah fungsi Facebook Shop Section ke dalam Facebook page anda. Pilihan ini akan memudahkan pengguna Facebook untuk kenal dan beli produk anda.

Sekiranya anda mempunyai shop bersama Squarelet, anda boleh tambah Facebook Page anda sebagai salah satu saluran jualan. Anda boleh mengambil peluang ini untuk mewujudkan seksyen shop anda sendiri di laman Facebook anda. Di sini, pelanggan boleh belajar mengenai produk anda, melihat gambar-gambar, dan membuat pembelian.

      6. Instagram

Instagram juga sudah mempunyai lebih dari 400 million pengguna aktif. Fokus visualnya adalah suata medium yang tepat dalam mempromosikan produk. Kajian menunjukkan, separuh daripada pengguna aktif Instagram akan mengakses aplikasi ini pada setiap hari. Setiap jenama yang diperkenalkan di medium ini akan memulangkan pulangan yang lumayan.

Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan melalui Instagram bagi mempromosikan kedai online anda. Anda boleh mula berkongsi imej berserta gambaran produk yang menarik, berkongsi video secara santai atau publisiti, mengadakan pertandingan, mahupun menggunakan khidmat pengguna Instagram terkenal seperti instafamous/vlogger (rujuk point 3).

      7. Youtube

Selain Facebook dan Instagram, Youtube juga memainkan peranan yang sangat penting dalam mencari idea-idea baru. Bahkan, Youtube video juga boleh berfungsi seperti search engines di Google. Taip sahaja apa yang diingini dan ‘poofff’ semuanya ada untuk dirujuk.

Bezanya di sini, anda tidak perlu membuat video viral untuk mendapatkan pelanggan di Youtube. Anda masih boleh mempromosikan produk anda dengan memuatnaik beberapa video idea/tips/tutorial dan dari situ produk anda akan mula dikenali. Secara tidak langsung, pengguna akan mula mencari produk barangan anda di Youtube untuk ditonton. Dengan adanya siaran jenama anda sendiri berserta video-video yang menarik, anda sendiri sudah boleh mengawal naratif pengguna anda!

Setiap daripada produk anda tidak akan terjual dengan sendirinya. Tetapi, terdapat banyak langkah yang boleh anda gunakan untuk mempromosikan barangan tersebut. Jadi, ayuh! Pilih salah satu langkah yang anda gemari di atas dan mulakan kayuhan anda. Saya pasti ramai yang sedang berkejaran untuk menaikkan sales Hari Raya Aidilfitri anda dan saya kira masih belum terlambat sekiranya anda ingin mengaplikasikan tips-tips di atas. Jom kongsikan langkah kreatif yang menjadi pilihan anda dengan kami!

Sekiranya anda menggemari artikel seperti ini, sila berikan feedback mahupun respon di ruangan komen di bawah. Terima kasih 🙂

Oleh : N.S Firdaus

 Photo by : Google 

5 Cara Dalam Mendapatkan Followers Instagram dengan Cepat!

 

 

Ramai yang sedia maklum bahawa, Instagram juga merupakan salah satu medium terpenting dalam perniagaan online. Instagram boleh dikatakan sebagai medium pasaran yang tertinggi yang melibatkan pengiklanan berimej mahupun video.

Tahukah anda bahawa terdapat 5 taktik yang perlu anda kuasai melalu perniagaan di Instagram ?

      1. Penggunaan filters gambar yang bersesuaian

Sebenarnya, ramai yang ambil mudah mengenai filters semasa mengedit gambar di Instagram. Hal ini adalah kerana mereka beranggapan bahawa filters adalah sekadar filter yang hanya menaikkan kombinasi warna sesuatu produk. Jika itu yang difikirkan, maka, ianya adalah salah, kerana filter di sesebuah gambar memberikan impak yang sangat besar terutamanya filters-filters tertentu. Terdapat beberapa filters di Instagram yang diminati oleh majoriti penggunanya seperti  X-Pro II, Hudson, Valencia, Juno, Ludwig, Lo-fi dan lain-lain.

Selain daripada filters Instagram, terdapat juga beberapa applikasi filters lain yang boleh digunakan seperti VSCO, Snapseed, Lightroom CC, PS Express dll.

      2. Penggunaan #hashtag yang betul

#Hashtag juga sangat memainkan peranan yang tinggi di dalam sesuatu post di Instagram mahupun Instagram story. Rata-rata pengguna tahu dan sangat gemar menggunakan #hashtag di keterangan (caption) gambar mereka. Tetapi kebanyakan daripada mereka tidak tahu bila dan di mana penggunaan #hashtag tersebut boleh digunakan. Fungsi sebenar #hashtag ini adalah untuk memudahkan orang ramai untuk mencari barangan yang dikehendaki. Pencarian yang dimaksudkan adalah pencarian yang dilakukan secara rawak.

Sekiranya penggunaan #hashtag yang digunakan adalah seiring dengan kategori gambar, post mahupun gambar anda akan mudah untuk ditemui serta menarik minat beberapa pengguna baru lain.

Antara #hashtag teratas yang popular adalah #love, #fashion #food, #beautiful dll.

Selain dari itu, untuk menaikkan serta memudahkan lagi kenaikan followers baru, anda boleh mengaplikasikan beberapa tips ini. Sebagai contoh, produk yang ingin dipost adalah pakaian wanita.

  • Penggunaan hashtag jenama anda sendiri. Contoh : #namabrandanda #fesyenlelaki #pakaianlelaki
  • Penggunaan hashtag kategori produk. Contoh : #kemeja #kemejakotton # kemejaterbaru
  • Penggunaan hashtag lokasi anda. Contoh : #Selangor #Malaysia #FesyenMalaysia

p/s : Penggunaan hashtag di dalam Bahasa inggeris juga boleh digunakan. Serta pastikan akaun Instagram anda adalah public.

 

       3. Pos pada waktu yang sesuai

Selain daripada filters dan #hashtag, waktu mengepos gambar juga turut memainkan peranan penting. Waktu terbaik pada hari bekerja adalah di antara jam 12pm-2pm dan 4pm ke bawah. Manakala waktu terbaik pada hujung minggu adalah di antara 10am-12pm dan 6pm-8pm.

Rata-rata pengguna akaun bisnes boleh mendapatkan penjelasan secara terperinci mengenai pengikut dari Instagram Analytic secara percuma di bahagian Followers section.

       4. Curi followers pesaing anda

Cara yang terbaik untuk anda mencari pengikut baru adalah dengan mencari mereka pada akaun Instagram pesaing terdekat dengan menarik perhatian mereka. 3 cara ini sudah pasti akan menarik perhatian serta minat mereka terhadap anda seperti :

  • Follow pengikut baru
  • Like gambar mereka
  • Komen gambar mereka

3 cara mudah ini sudah pasti akan memberikan keputusan yang lumayan terutamanya pengikut berserta peminat baru. Semakin banyak usaha yang dilakukan, semakin besar impak yang diperoleh.

       5. Pemberian giveaway secara percuma

Satu cara terbaik di dalam memperoleh komen yang baik di sosial media adalah melalui komen di mana seorang pengguna tag seorang rakan yang lain. Cara ini bukan sahaja memberikan impak yang lumayan terhadap post anda, malah anda akan memperoleh pengikut-pengikut baru.

Sebagai contoh, anda mengadakan giveaway di akaun Instagram anda dengan memberikan beberapa syarat mudah seperti mereka perlu tag beberapa rakan mereka di post tersebut dan rakan mereka itu perlu follow akaun anda kembali jika ingin memenangi giveaway tersebut. Maka, secara tidak sengaja, anda akan memperoleh pengikut baru dan followers anda akan bertambah. Akaun anda juga akan mula dikenali!

Sekiranya anda menggemari artikel seperti ini, sila berikan feedback mahupun respon di ruangan komen di bawah. Terima kasih 🙂

Oleh : N.S Firdaus

Photo by : worldbests

3 Cara Mudah Untuk Menulis Deskripsi Produk yang Laku Laris

 

Menulis deskripsi sesuatu produk mungkin nampak macam mudah. Tetapi, tahukah anda penulis profesional juga kadang kala berpotensi dalam melakukan kesalahan di dalam mendeskripsikan sesuatu produk?

Kenapa ianya salah? Ini adalah kerana deskripsi bagi sesuatu produk adalah untuk ‘menjual’ atau melaku lariskan produk tersebut bukannya penerangan mengenai produk semata-mata.

Jom kita lihat beberapa cara mudah dalam menarik minat pelanggan anda dengan penerangan produk yang gempak.

  1. Fokus pada pelanggan ideal anda

Apabila anda menulis deskripsi produk tanpa fokus pada target pelanggan yang sepatutnya, deskripsi sesuatu produk akan menjadi terlalu umum dan anda berpotensi untuk tidak memfokuskan kepada sesiapa pada akhirnya.

Produk deskripsi yang terbaik adalah dengan memfokuskan pada pelanggan ideal anda secara terus dan peribadi. Kenali dahulu siapa pelanggan anda. Deskripsi yang dibuat haruslah seperti anda sedang bersoal jawab dengan mereka. Gunakan bahasa yang sering digunakan oleh pelanggan seperti ‘Puan/Tuan’, ‘awak’, ‘you’, ‘sis’, atau mana-mana yang bersesuaian.

Apabila anda ingin mula menulis mengenai sesuatu deskripsi produk, bayangkan target pelanggan ideal anda itu. Jenis gurauan yang sering digunakan (jika ada)? Apakah jenis ayat/perkataan pilihan dalam perbualan harian mereka? Adakah mereka lebih ke arah perbualan santai harian ataupun perbualan secara formal?

Pendek kata, deskripsi yang ditulis adalah sepertimana anda sedang mendekati atau mengenali peribadi pelanggan anda secara bersemuka. Jadi, apa tunggu lagi? Anda boleh mula mengaplikasikan perbualan yang sebegini dengan pelanggan anda.

  2. Nyatakan faedah yang akan diperoleh

Ramai yang beranggapan, apabila kita menjual sesuatu produk, kita akan mula berasa teruja untuk menerangkan mengenai ciri-ciri dan spefikasi barangan/produk tersebut. Ini adalah kerana, kita bekerja untuk syarikat, website dan produk itu.

Tetapi, pelanggan potensi kita sebenarnya tidak berminat dengan informasi-informasi tersebut. Apa yang mereka mahukan adalah apa yang ada dalam produk tersebut buat mereka. Apa kelebihan atau keuntungan yang akan mereka dapat. Informasi atau keuntungan yang lain daripada yang lain.

Sebagai contoh, jika produk yang dijual adalah minuman isotonik. Jangan hanya fokuskan kepada ingredient atau kebaikan produk tersebut. Anda boleh menaikkan keinginan mereka untuk membeli dengan menyatakan kelebihan yang akan diperoleh jika diamalkan pada waktu-waktu tertentu seperti bulan Ramadhan. Contohnya, anda boleh menggunakan ayat seperti :

“Pilihlah 200plus untuk kembali hidratkan badan selepas seharian berpuasa”

Pertimbangkan faedah yang akan diperoleh dari setiap ciri produk anda tersebut. Bagaimanakah produk tersebut membuat pelanggan anda merasa lebih ceria, sihat, atau lebih produktif?

Jangan hanya menjual produk, tetapi jual pengalaman anda bersama produk tersebut.

3. Selami imaginasi pembaca

Pakar saintifik membuktikan jika seseorang memegang sesuatu produk secara terus, keinginan mereka untuk memiliki adalah tinggi.

Tetapi, sekiranya anda menjual secara online, pelanggan anda sudah semestinya tidak dapat memegang produk tersebut. Ya benar, gambar berserta video yang jelas sememangnya dapat membantu, tetapi helah di dalam sesuatu penulisan deskripsi produk juga adalah perlu : biarkan pelanggan anda membayangkan keinginan mereka untuk memiliki produk tersebut.

Untuk memahirkan diri dengan teknik penulisan yang sebegini, mulakan ayat anda dengan perkataan “Bayangkan”, dan akhiri ayat (atau perenggan) dengan menyatakan perasaan pembaca atau pelanggan apabila memiliki dan menggunakan produk tersebut.

Akhir kata, menulis itu mudah. Apa yang anda perlukan adalah sedikit imaginasi dan kreativiti semasa mengarang. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada semua. Ayuh praktikkan langkah-langkah ini sekarang. Masa tidak menunggu kita, kita yang harus mengejarnya. Jom!

Sekiranya anda menggemari artikel seperti ini, sila berikan feedback mahupun respon di ruangan komen di bawah. Terima kasih 🙂

Oleh : N.S Firdaus

Photo by : Ed Gregory