Hi semua! Pernah tak anda mengalami situasi bilamana tengah khusyuk sangat buat kerja dan sedar-sedar je, dah sampai lunch hour, dah lewat petang dan kadang-kadang tu sampai tak sedar dah habis waktu kerja. Khusyuk sangat buat kerja sampai tak sedar dengan keadaan sekeliling la kan? Ish ish ish… Tak bagus selalu macam tu tau!
Fokus dan bekerja itu bagus, tetapi terlampau kuat buat kerja sampaikan tiada masa untuk berehat pun tak bagus jugak. Jadi di sini, jom saya ajarkan 9 cara terbaik untuk ‘take 5’ semasa di dalam pejabat.
1) Jangan terlampau berkurung di dalam pejabat
Walau hanya untuk seketika, jadikan ia sebagai suatu kemestian untuk keluar dan dedahkan diri anda dengan sinaran matahari dan melihat tumbuhan hijau. Elakkan dari terlampau mengurungkan diri anda di dalam ‘penjara batu’. Sinaran matahari itu sendiri boleh memberikan anda vitamin D dan berfungsi sebagai anti depressi secara semulajadi. Berada di ruang berhawa dingin dalam jangka masa yang lama dan kemudiannya berjemur di bawah sinaran matahari buat seketika tidak akan membawa apa-apa harm pun kepada anda.
2) Senyum
Senyum. Senyum selalu… Lontarkan senyuman paling ikhlas dan terbaik anda! Senyuman anda itu secara tidak sengaja akan memberikan impak positif kepada orang sekeliling malah kepada anda sendiri. Lagipun, senyuman itu kan sedekah. Senyum tigeee…
3) Amalkan pengambilan buah oren
Kajian menunjukkan, pengambilan vitamin C dapat mengurangkan kadar hormon stress termasuk tekanan darah anda. Alahhh… Sesambil buat kerja tu, dari asyik mengunyah jajan atau makanan ringan, baik kita amalkan mengunyah buah-buahan yang kaya dengan vitamin macam buah oren ni kan.
4) Belai haiwan peliharaan
Eh! Jangan terkejut. Jangan pergi beli haiwan peliharaan dan pelihara di office pulak. Hehehe. Tetapi, kalau berminat dan teringin pun apa salahnya kan. Kajian juga mendapati, terapi bersama haiwan peliharaan juga dapat mengurangkan kadar kebimbangan. Jadi, kiranya anda mungkin bekerja dari rumah dan mempunyai haiwan peliharaan, luangkan masa dengan membelainya. Jika tiada, dengan menonton video-video haiwan peliharaan juga boleh memberikan ruang pada minda anda untuk berehat.
5) Relaks dan bernafas secara teratur
Relakskan badan berserta minda anda dengan bernafas secara teratur. Pernafasan juga memerlukan teknik yang betul. Anda boleh belajar teknik pernafasan yang betul di sini.
6) Ceriakan diri dengan hiburan
Hiburan yang dimaksudkan di sini adalah hiburan melalui nyanyian atau tarian. Saya pasti ramai yang mempunyai bakat-bakat terpendam kan? Jadi, jangan khuatir atau malu-malu jika anda melakukan salah satu dari yang tersebut semasa ‘take 5’. Sekiranya ada yang memandang, ajak mereka sekali! Kajian menyatakan, dua aktiviti ini dapat membantu menaikkan self-esteem serta menaikkan tahap ketenangan anda tauuu…
7) Dark chocolate
Apabila saya menyatakan point ini, pasti ramai yang dah tersenyum-senyum kegembiraan dan bersetuju dengan point ni kan? Tambah-tambah kaum hawa. Hehehe. Tidak mengapa wahai kaum hawa sekalian, teruskan amalan memakan dark chocolate kegemaranmu! Menurut kajian, dark chocolate dapat memberikan anda antioksidan dan merangsang otak anda untuk melepaskan beta endorphin yang akan memberikan anda kegembiraan secara tidak langsung.
8) Siram tanaman kecil
Anda tidak berada di kedudukan yang dipenuhi tumbuhan hijau? Tidak mengapa, anda boleh sahaja menanam apa-apa sahaja tanaman kecil di ruang pejabat. Dengan menyiram tumbuh-tumbuhan tersebut, anda akan memperoleh ketenangan dan dipulihkan perhatian serta fokus untuk kembali semula ke tugasan kerja.
9) Power nap
Power nap sebenarnya adalah satu perkara yang bagus dalam kehidupan seharian kita, jadi jangan panik sekiranya situasi ini sering kali terjadi kepada anda. Masa yang terbaik untuk melakukan power nap adalah semasa tengah hari di mana ia dapat mengembalikan semula ketajaman minda dan ‘physical performance’ anda. Jadi, ayuhlah power nap! Tetapi nak buat power nap ada tempohnya tersendiri tau! Jangan lama-lama pulak…
Mengambil sedikit masa untuk berehat adalah sama pentingnya dengan mengambil masa dalam melakukan kerja anda. Jom kongsikan dengan kami cara ‘take 5’ yang manakah yang menjadi pilihan anda!? Atau mungkin anda mempunyai cara ‘take 5’ anda tersendiri yang ingin dikongsikan? Jom la share di ruangan komen di bawah!
Ambillah sedikit masa untuk ‘take 5’, kerana anda layak untuk mendapatkannya. Selamat mencuba!
Sekiranya anda menggemari artikel seperti ini, sila berikan feedback mahupun respon di ruangan komen di bawah. Terima kasih 🙂
Oleh: N.S Firdaus
Photo by : rawpixel