Apakah warna kegemaran anda? Anda boleh mengenali seseorang melalui warna kegemarannya – dan anda juga boleh mengenali sesebuah online store melalui penggunaan warna mereka. Kebanyakkan daripada peniaga online tidak tahu bahawa penggunaan warna di website mereka sangat mempengaruhi mood pelanggan. Kombinasi warna yang menarik dapat dibezakan di antara pelanggan setia dan pelanggan yang berkunjung hanya pada satu-satu masa.
Menurut kajian, lebih daripada 92% orang menyatakan bahawa warna memainkan peranan yang penting semasa membeli sesuatu barangan. Percaya atau tidak, seramai 6% menyatakan mereka menggunakan daya sentuhan sebagai fungsi utama, manakala deria bau atau dengar hanya merangkumi 1% – kecuali jika mereka sememangnya ingin membeli bauan atau apa-apa yang berkaitan dengan muzik.
Berikut adalah ilmu yang perlu anda pelajari mengenai warna and kesannya terhadap pelanggan online shop anda:
1) Putih
Putih memancarkan kesucian, kesegaran, dan kejelasan, dan ia adalah sangat penting untuk kebanyakkan laman web. Sentiasa memasukkan ruang putih yang kosong di sekitar kandungan anda supaya pelanggan tidak merasa terlampau terkurung. Berikut adalah shop theme percuma di dalam Squarelet Shop Theme – dikenali sebagai Winter Snow, Be Cute, Za White, Plain White, Truly Simple (light) dan Truly Simple (dark).
2) Coklat/Brown
Warna coklat atau brown adalah suatu warna yang kukuh dan sangat mudah menarik perhatian pembeli. Ianya akan memberikan aura keyakinan dan sekiranya digunakan dengan betul, akan membawa kepada pelanggan yang berpotensi. Berikut adalah shop theme percuma di dalam Squarelet Shop Theme – dikenali sebagai YummyBrown (sesuai untuk produk makanan) dan Dark Shellac.
3) Jingga
Warna jingga melambangkan cita-cita dan semangat kehangatan bertenaga. Ia juga melambangkan semangat, keaslian dan permulaan yang baru. Warna jingga yang dipadankan dengan warna biru lembut boleh mengeluarkan vibe yang positif dan menarik.
4) Kuning
Kuning adalah suatu warna yang ceria dan meriah di mana ianya dapat menarik perhatian pelanggan. Walau bagaimanapun, ianya haruslah digunakan secara memadai kerana penggunaan warna kuning yang berlebihan akan mendorong ke arah pengelakkan pelanggan.
5) Hijau
Hijau membawa kepada keaslian dan aura organik, di mana ianya dikategorikan sebagai sesuatu yang menyejukkan mata. Apabila pembeli melihat kehijauan, mereka akan serta merta mengaitkan kepada sesuatu yang positif, ketenangan, keselamatan dan harmoni. Berikut adalah shop theme percuma di dalam Squarelet Shop Theme – dikenali sebagai Responsive Nature Green dan Clean Turqoise.
6) Merah Jambu
Warna merah jambu seringkali dilabelkan sebagai sesuatu yang feminin, di mana ia boleh menarik perhatian lelaki dan juga memancarkan kebaikkan, cinta, dan kasih sayang. Merah jambu mempunyai kesan yang menenangkan supaya ia boleh digunakan untuk mengimbangi warna yang lebih agresif seperti hitam, jingga dan merah. Berikut adalah shop theme percuma di dalam Squarelet Shop Theme – dikenali sebagai Meihua.
7) Merah
Merah mendorong kepada penghayatan, paling primitif, serta emosi pembeli. Memandangakan merah biasanya dikaitkan dengan kasih sayang, kehidupan, dan keyakinan, ia boleh menukar potential customer menjadi pelanggan sepanjang hayat jika digunakan dengan betul. Tetapi anda haruslah berhati-hati kerana penggunaan warna merah yang terlalu banyak pada sesuatu halaman web boleh membawa kepada visualasi yang terlampau.
8) Ungu
Ungu juga dikaitkan dengan royalti, kuasa dan kemewahan. Penggunaan bijak warna ini boleh membantu pelanggan di dalam membuat pembelian yang positif. Berikut adalah shop theme percuma di dalam Squarelet Shop Theme – dikenali sebagai Powerful Purple dan Purple Fun.
9) Biru
Biru melambangkan perasaan kepercayaan, keamanan, dan produktiviti. Walaupun biru adalah salah satu warna yang paling biasa di web, ia harus dielakkan jika laman web anda terlibat dengan industri hospitaliti, terutamanya restoran kerana warna biru dikatakan untuk mengurangkan selera makan. Berikut adalah shop theme percuma di dalam Squarelet Shop Theme – dikenali sebagai Calm Blue Sea.
10) Kelabu
Kelabu biasanya disambungkan dengan kesungguhan dan pemikiran konservatif. Warna kelabu yang tepat boleh berfungsi sebagai latar belakang yang hebat untuk warna-warna lain seperti oren, merah, dan biru diraja.
11) Hitam
Hitam dikaitkan dengan kekuatan, kuasa, dan penguasaan. Apabila digunakan dalam e-dagang, ia menghantar mesej yang yakin kepada bakal pelanggan. Penggunaan yang berlebihan boleh mengeluarkan suasana yang hambar dan suram, jadi ia perlu digunakan secara sederhana, bersama-sama dengan warna-warna tenang yang lain. Berikut adalah shop theme percuma di dalam Squarelet Shop Theme – dikenali sebagai Tangy Highlight dan Strong Bassalt.
Kesimpulannya, warna memainkan peranan yang penting di dalam setting shop anda. Jadi, buatlah pemilihan warna yang bijak dan bersesuaian dengan produk atau bisness anda.
Sekiranya anda menggemari artikel seperti ini, sila berikan feedback mahupun respon di ruangan komen di bawah. Terima kasih 🙂
Oleh: N.S Firdaus
Photo by : pxhere