1) Fokus
Ramai yang gagal di dalam perniagaan disebabkan kurang daya fokus. Malah, mereka-mereka ini mempunyai terlampau banyak idea yang kreatif dan fresh, tetapi gagal kerana tidak fokus. Tetapkan satu bisnes yang anda betul-betul inginkan kemudian berikan fokus semaksima mungkin untuk bisnes tersebut.
2) Fokus kepada bisnes sendiri
Fokus dengan apa yang dibuat itu betul. Tetapi pastikan anda letakkan extra fokus kepada bisnes sendiri. Usah menyibuk atau membuang masa dengan mengkritik bisnes orang lain. Orang lain mungkin salah, tapi tidak bermaksud kita punya betul. Ingat tu!
3) Jangan mudah mengalah dan putus semangat
Naik turun kegagalan di dalam sesuatu perniagaan itu lumrah. Jangan terlampu mengikut emosi dan perasaan sekiranya anda gagal. Jangan putus semangat. Dalam bisnes, lumrah sekiranya kadang kita di atas dan kadang kita di bawah. Itulah yang dinamakan sebagai pasang surut bisnes.
4) Terus belajar dan belajar
Belajar dan terus menimba ilmu sebanyak mungkin. Anda boleh pilih untuk belajar dengan sesiapa pun. Tidak kisahla, sifu atau belajar di kelas-kelas pemasaran. Tapi akhirnya, anda yang perlu membuat keputusan sendiri. Seorang usahawan mempunyai hak untuk berbuat apa sahaja keputusan yang terbaik. Tetapi biarlah yang relevan dan membuahkan hasil.
5) Tunjukkan hasil terbaik anda
Lumrah kiranya orang akan mengatakan yang bukan-bukan mengenai usaha anda. Ada yang mungkin setuju, ada yang mungkin tidak. Adalah baik kiranya anda tidak menghiraukan suara-suara sumbang tersebut dan teruskan mengorak langkah ke hadapan. Tunjukkan mereka hasil kejayaan anda.
6) Berhenti menyalahkan orang lain
Orang berjaya akan menunjukkan hasil. Orang yang gagal akan berterusan memberikan alasan. Berhati-hatilah.
7) Fokus dengan mencari penyelesaian
Tiap bisnes ada permasalahannya tersendiri. Ada yang suka mencabar, ada yang sengaja ingin menguji. Macam-macam boleh terjadi. Apa pun, jangan asyik fokus kepada permasalahan anda, tetapi carilah penyelesaian. Di penghujung terowong yang gelap, pasti ada cahaya bukan?
8) Usah bergantung pada pertolongan orang lain
Anda usahawan, anda seharusnya berusaha sendiri. Usahawan tidak boleh ada minda seperti peminta sedekah. Itu bukan caranya.
9) Jangan berhenti belajar
Belajarlah dari sesiapa pun kerana ilmu itu luas. Jangan pilih bulu untuk belajar kerana lain orang lain pendapat dan kebijaksanaannya. Kadang kala orang di bawah kita pun punya banyak ilmunya. Jangan segan untuk bertanya dan menerima pendapat mereka. Ingat! Jangan asyik merasa diri itu sudah cukup pandai, kerana ketika itulah kita akan mula menempah kegagalan. Hati-hati.
10) Buat, buat dan buat!
Jika timbulnya sesuatu idea yang bagus, terus buat! Jangan amalkan sikap menangguh. Nak berjaya, kena buat! Banyak bisnes besar bermula secara kecil-kecilan. Sebab apa? Sebab mereka buat, buat dan buat!
Untuk mencapai sesuatu kejayaan bukanlah susah tetapi tidaklah juga senang. Mahu atau tidak, anda perlu berusaha untuk mencapainya!
Sekiranya anda menggemari artikel seperti ini, sila berikan feedback mahupun respon di ruangan komen di bawah. Terima kasih 🙂
Oleh: N.S Firdaus
Photo by : Justin E. Crawford