Tim Draper
1) Fokus dalam menjana pendapatan bukannya berterusan berjimat
Jangan terlalu berfikir mengenai cara untuk berjimat tetapi fikirkan cara bagaimana untuk menambahkannya! Fikirkan cara bagaimana anda harus memanfaatkan bakat anda. Apabila anda bekerja keras, anda akan kurang mempunyai masa untuk diri sendiri. Save money by focusing on making more. – Tim Draper, VC, founder of Draper Associates and DFJ, dan penulis “How to be The Startup Hero”.
Matt Mead
2) Perlukan wang lebih? Teruskan berusaha!
Pertama sekali, anda perlu berhenti berpura-pura dan berangan. Jangan berterusan membuang masa dan tenaga. Orang ramai akan terus melihat, dan sudah pasti ianya tidak akan menghalang keupayaan anda untuk terus maju. Objektif utama adalah untuk berjaya, bukan sekadar angan -angan mat jenin. Jujur dengan diri anda sendiri.
Kedua, kenal pasti tujuan anda. Menurut Michelangelo, “Cabaran terbesar bagi kita bukannya dengan tujuan yang terlalu tinggi dan kemudiannya kecundang, tetapi tetapkan tujuan yang rendah dan capai target itu”. Anda mampu untuk mencapai sesuatu lebih dari yang anda sangkakan, jadi luaskan matlamat anda itu. Kenalpasti matlamat anda berulang kali. Amatlah penting bagi anda untuk memastikan matlamat itu berada secara visual berhadapan dengan fikiran anda pada setiap masa.
Seterusnya, berusahalah dengan bersungguh-sungguh tentang matlamat anda itu. Jangan berterusan membazirkan wang, berjalan sana sini atau membuang masa tanpa hala tuju. Berusahalah dengan sekuat mampu dan tambahkan nilai kepada usaha orang lain. Lakukan lebih dari yang dipinta. Tanamkan sifat tanggungjawab untuk setiap tindakan anda. Tiada siapa yang berhutang dengan anda. Jika anda mahukannya, berusaha dengan semua orang dan dapatkannya! Tiada istilah jalan pintas – hanya disiplin dan usaha keras. – Matt Mead, founder dan CEO EpekData dan BrandLync, divisions of Mead Holdings Group, Inc.
Vladimir Ninov
3) Adakan simpanan dan kesan kewangan anda
Dengan cara mengawasi pemilihan anda, ianya akan membawa anda jauh ke hadapan. Kenal pasti tabiat harian dan kaji trend perbelanjaan anda. Jika sebelum ini perbelanjaan untuk makan tengah hari anda adalah RM20 sehari, apa kata anda tukarkannya kepada sesuatu yang lebih murah atau bawa makanan sendiri. Mulakan pengambilan pengangkutan awam selain daripada memandu ke tempat kerja. Anda akan mula menyesuaikan diri dengan tabiat baru dan secara tidak langsung akaun bank anda akan turut berkembang.
“A dollar saved is a dollar earned” mempunyai makna yang tersirat buat mana-mana CEO atau usahawan yang sedang berusaha dengan aliran kewangan. Jika anda mempunyai perniagaan, jejaki kewangan anda di suatu tempat dan pantau prosesnya. Memahami dan meningkatkan skor kredit anda adalah penting terutamanya jika anda memerlukan kredit untuk berkembang.
Sesungguhnya, tiada jalan pintas untuk berjaya. Sesuatu kejayaan memerlukan kerja keras, ketabahan, pengambilan risiko, keyakinan, disiplin dan keberanian – Vladimir Ninov, co-founder dan pengarah pemasaran Webcoin.
Kesimpulannya, apa-apa jenis pelaburan sudah tentunya akan melibatkan risiko. Oleh itu, potensi untuk kehilangan wang berkemungkinan untuk terjadi. Sebelum melabur, pastikan akan mendapat nasihat kewangan daripada penasihat kewangan professional.
Selamat maju jaya!
Sekiranya anda menggemari artikel seperti ini, sila berikan feedback mahupun respon di ruangan komen di bawah. Terima kasih 🙂
Oleh: N.S Firdaus
Photo by : The Oracles