Jom Pancing Pelanggan ke Online Website Anda dengan 6 Cara Mudah Ini!

Memiliki website itu adalah kewajipan buat hampir keseluruhan peniaga online di serata dunia dan ianya adalah suatu medium yang betul untuk perkembangan bisnes.

Website yang menarik adalah suatu website yang berjaya menarik minat pengunjung dengan kandungan berserta interface yang menarik. Tetapi terdapat juga beberapa pemilik produk yang gagal dalam memperoleh hasil pengunjung yang ramai dan membiarkannya sepi tanpa sebarang update. Anda boleh menggunakan cara-cara di bawah untuk menarik pelanggan ke website anda.

      1) Penggunaan “Paid/Boost Ads”

Jangan kedekut atau berkira dalam mengiklankan servis/produk anda. Pencarian pelanggan itu perlu, tetapi tidak salah sekiranya anda melaburkan sedikit wang untuk iklan berbayar. Anda boleh mulakan dengan Google Adwords di mana cara ini adalah lebih pantas kerana Google akan membantu meletakkan ‘ranking’ berbayar anda di carian teratas dan di serata tempat.

Secara tidak langsung, orang ramai akan dapat melihat website anda di mana-mana sahaja. Kemunculan yang kerap mungkin akan menarik minat pelanggan ke website anda secara psikologinya. Jangan lupa untuk track rekod trafik pengunjung anda.

      2) Perkukuhkan kemahiran emel marketing

Tahukah anda bahawa penyebaran artikel melalui emel marketing adalah lebih mudah? Tidak ramai yang menggunakan kaedah ini kerana beranggapan mereka harus menulis dan menghantar ke setiap alamat. Cara ini adalah kurang efektif.

Emel marketing adalah berunsur automatik di mana setiap respon anda kepada pembaca adalah auto, seolah-olah anda yang membalas. Padahal semuanya telah disetkan secara automatik tanpa had. Makanya, anda akan mempunyai lebih banyak masa terluang untuk diri sendiri tanpa perlu membuang lebih banyak masa untuk melayan satu persatu.

Pembaca yang berminat sudah pasti akan terus klik tautan ke website anda. Senang kan?

      3) Penulisan artikel yang bagus serta perkongsian tips yang menarik

Ramai yang gemar membaca. Tambahan lagi jika yang berkaitan dengan tips-tips dan petua. Jadi, amatlah penting sekiranya anda memulakan penulisan artikel anda sekarang. Mulakan dengan mengenali sasaran audience anda berserta artikel yang sesuai. Jangan hanya post atau marketkan produk atau servis anda sahaja kerana pelanggan akan mudah bosan dan akan mula hilang minat untuk mengunjungi website anda.

Sekiranya artikel anda mula tular dan menjadi perhatian netizen di laman sosial, ini bermaksud artikel anda memberikan feedback yang positif dan secara tidak langsung ia dapat mempengaruhi trafik pengunjung ke website anda.

      4) Viralkan benda-benda menarik

Apa-apa yang viral sememangnya sangat menarik perhatian ramai orang pada zaman ini. Kaedah viral ini kian trending di media sosial. Jadi, anda seharusnya mengambil peluang ini untuk mengembangkan serta menggunakan bisnes anda dengan sepenuhnya terutamanya Facebook.

Lakukan sesuatu post seperti ‘like, share dan giveaway’ secara imej atau visual. Tapi pastikan anda lakukan sesuatu yang menarik seperti idea-idea baru serta lain dari yang lain.

Cara ini tidak memerlukan kos yang tinggi di samping kaedahnya yang simple. Pasti ramai yang akan berkunjung ke website anda.

      5) Penggunaan “Headline Copywriting” yang menarik

Pancing dan tarik perhatian pembaca melalui 10 patah perkataan pertama copywriting anda. Pastikan headline anda adalah sesuatu yang menarik dan catchy. Jika anda berjaya mengolah ayat yang berjaya menarik perhatian mereka untuk terus membaca, anda berjaya!

Cara yang paling mudah untuk menarik perasaan ingin tahu pembaca adalah melalui ayat copywriting yang bagus. Gunakan ayat yang membuatkan mereka tertanya-tanya. Contohnya, anda boleh mengarang satu situasi ringkas yang sering terjadi dengan isu semasa, kemudian gunakan penggunaan ayat yang mendorong ke arah jalan penyelesaian.

Tetapi pastikan ianya bersesuaian dengan tawaran anda. Jika website anda menjual produk kecantikan, pastikan copywriting berkaitan dengan produk tersebut. Tetapi ingat, jangan terlalu menjanjikan perkara yang mustahil di dalam penulisan.

       6) Daftarkan website Webmaster Tools

Webmasters tools berfungsi dalam membantu anda mendaftar di Google di mana secara automatiknya ia akan berinteraksi di carian ‘browser’ dengan menggunakan ‘internet provider’.

Anda hanya perlu klik di sini dan satu kod akan dikeluarkan dan perlu disalin ke menu SEO di dashboard website anda.

Kebaikkan fungsi ini adalah ianya akan memudahkan carian untuk pengunjung dalam mencari sesuatu di kotak browserGoogle akan menyenaraikan carian yang berkaitan serta menepati kategori yang diinginkan mengikut halaman.

Jika anda sudah melakukan cara ini, anda tidak perlu risau lagi kerana anda sudahpun berada di landasan yang betul. Pengunjung akan pastinya mencari anda dengan sendiri!

Mudah kan? Ayuh mulakan strategi anda sekarang!

Sekiranya anda menggemari artikel seperti ini, sila berikan feedback mahupun respon di ruangan komen di bawah. Terima kasih 🙂

Oleh: N.S Firdaus

Photo by :  navigore

Nak Berjaya? Elakkan 5 Perkara Di Bawah

Semua orang mesti nak berjaya bukan? Tapi kadangkala sikap atau perasaan malas pasti akan sesekali hinggap ke dalam diri. Malah ada yang akan mula kurang memberikan tumpuan, pasif, lalu perjalanan bisnes pun semakin menurun. Di antara punca atau sebab berlakunya perkara yang sedemikian adalah disebabkan oleh 5 perkara di bawah ini.

5 perkara melalaikan atau ‘melaghokan’ di bawah inilah yang menjadi punca kepada kegagalan bisnes anda. Perkara-perkara yang sering kita lakukan sama ada secara kita sedar atau tidak.

      1) Menghabiskan terlalu banyak masa di Internet

Haaa! Ini memang tidak dapat dinafikan. Surrounding kita sudah semestinya akan dikelilingi dengan teknologi seperti telefon bimbit, komputer dan lain-lain. Tambahan pula kalau perniagaan kita adalah di dalam bentuk atas talian, memang wajib lah akan dikelilingi dengan gadget betul?

Pernah tak anda menghadapi situasi bilamana tengah asyik buat kerja, tiba-tiba anda terasa macam “Eh, bukak Facebook la kejap. Tengok apa yang ada”. Dari sekejap, rupa-rupanya hampir sejam masa dihabiskan di Facebook sahaja. Oh no! Macam mana dengan kerja tadi? Siap ke tidak? Nampak tak betapa gagalnya kita dalam menahan nafsu untuk menyemak Facebook dan seangkatan dengannya?

Berkongsi tips bisnes dan upate produk jualan di media sosial itu betul, tambahan pula kepada mereka yang baru nak memulakan bisnes. Buat sikit, update Facebook, kerja sikit, update sini update sana. Terlampau asyik update di media sosial sampaikan anda mungkin akan kehilangan tumpuan di dalam bisnes tau!

Penyakit ini dikatakan agak sukar dibendung kerana ramai usahawan beranggapan media sosial mempunyai tumpuan serta pengaruh yang kuat terhadap produk mereka. Tetapi harus diingatkan, terlampau banyak masa yang dibuang untuk laman sosial sehinggakan urusan lain terabai akan mengabitkan kepada kejatuhan di dalam perniagaan anda. Maka, berhati-hati lah tau.

      2) Kurang berhemah dalam melayani pelanggan

Pelanggan adalah tunjang kepada perniagaan anda. Tanpa mereka, perniagaan anda mungkin tidak akan berjaya sehingga tahap sekarang. Gagal melayani pelanggan dan melayani mereka dengan layanan yang buruk akan menjejaskan perniagaan anda. Berlagak seperti seorang yang sombong tapi ada hati nak berniaga, itu bukan caranya!

Terdapat cara untuk anda mengenali pelanggan. Ianya dikenali sebagai sentuhan peribadi.

Sebagai contoh, produk atau servis anda berkemungkinan sama kategorinya macam orang lain, tetapi anda tidak tahu cara bagaimana untuk membezakannya. Jadi bezakan ia dengan layanan istimewa daripada pihak anda agar pelanggan balik tidur pun tak lena. Mereka akan rasa terngiang-ngiang dan teringat dengan layanan anda itu.

Tapi ingat! Jangan sesekali tunjukkan emosi kurang stabil anda kepada mereka semasa urusan jual beli kerana ianya akan memberikan kesan yang negatif kepada pelanggan. Sembunyikan ketidakselesaan emosi anda dan sudah pastinya lebih ramai pelanggan akan cuba mendekati.

      3) Mengelak Daripada Menghadapi Cabaran

Cabaran di dalam sesuatu perniagaan itu lumrah. Sama ada anda mahu tahu atau tidak, anda masih perlu menghadapinya. Hadapi situasi tersebut walau sukar sekalipun. Dengan cara ini, ia dapat ditangani dengan segera dan tanpa bertangguh. Bayangkan jika situasi anda itu ditangguh, masalah tersebut tidak akan selesai malah berlarutan. Secara tidak langsung, tumpuan pada bisnes pun akan terjejas.

Jangan mengelak sesuatu cabaran, tetapi hadapi dengan yakin. Belajar untuk menerima pandangan atau menuntut ilmu dari yang pakar.

       4) Menjawab e-mel dengan serta merta

Hampir lebih dari 90% perniagaan di dunia sekarang menggunakan medium Whatsapp, e-mel atau lain-lain medium untuk berurusan. Medium ini memudahkan urusan jual beli berserta butiran yang disampaikan adalah dalam bentuk hitam putih dan meyakinkan.

Kelemahan medium-medium ini adalah, pesanan atau apa-apa sahaja yang berkaitan akan tiba dengan serta merta. Tiba-tiba ada sahaja notifikasi yang akan berbunyi, tanda kepada pesanan yang baru masuk. Apabila dah berbunyi, kita akan mula melihat dan membalas, kemudian adakalanya perbualan tersebut akan berlanjutan.

Jadi, cara terbaiknya di sini adalah, jadualkan masa untuk membalas kesemua e-mel, Whatsapp atau apa-apa sahaja pesanan tersebut.

Tetapkan waktu seperti waktu pagi atau petang sahaja atau mana-mana masa yang bersesuaian. Peruntukan masa selama 1 atau 2 jam sahaja untuk tugasan tersebut kecuali terdesak.

Urus masa anda dengan sebaiknya.

      5) Penjatuhan harga yang kerap

Memang tidak dapat dinafikan, penjatuhan harga serta diskaun yang kerap akan menarik perhatian ramai pelanggan dan pengguna. Adakalanya akan berlaku persaingan harga antara penjual. Dah la harga runtuh, pakej dengan free gift pulak tu!

Taktik sebegitu adalah benar tetapi perlu dikawal. Perkara yang membabitkan harga akan mula meruncing jika anda tidak mengawalnya. Anda sebagai penjual, mempunyai hak untuk menetapkan harga yang berpatutan. Hak anda untuk memilih sama ada harga tersebut seharusnya menjadi sama atau lebih murah dari pesaing. Murah itu bagus tapi ianya harus dibuang jika anda masih belum di dalam kategori kaya raya.

Kesimpulannya, menjauhkan diri daripada 5 perkara di atas tidak menunjukkan anda sebagai seorang yang takutkan risiko. Risiko itu perlu tetapi anda seharusnya berwaspada dan berhati-hati.

Sekiranya anda menggemari artikel seperti ini, sila berikan feedback mahupun respon di ruangan komen di bawah. Terima kasih 🙂

Oleh: N.S Firdaus

Photo by :  ashxatanqner

Rahsia Bagaimana 3 Usahawan Terkenal Ini Berjaya Memperoleh Wang Yang Banyak

 

Tim Draper

     1) Fokus dalam menjana pendapatan bukannya berterusan berjimat

Jangan terlalu berfikir mengenai cara untuk berjimat tetapi fikirkan cara bagaimana untuk menambahkannya! Fikirkan cara bagaimana anda harus memanfaatkan bakat anda. Apabila anda bekerja keras, anda akan kurang mempunyai masa untuk diri sendiri. Save money by focusing on making more. – Tim Draper, VC, founder of Draper Associates and DFJ, dan penulis “How to be The Startup Hero”.

 

 

 Matt Mead 

      2) Perlukan wang lebih? Teruskan berusaha! 

Pertama sekali, anda perlu berhenti berpura-pura dan berangan. Jangan berterusan membuang masa dan tenaga. Orang ramai akan terus melihat, dan sudah pasti ianya tidak akan menghalang keupayaan anda untuk terus maju. Objektif utama adalah untuk berjaya, bukan sekadar angan -angan mat jenin.  Jujur dengan diri anda sendiri.

Kedua, kenal pasti tujuan anda. Menurut Michelangelo“Cabaran terbesar bagi kita bukannya dengan tujuan yang terlalu tinggi dan kemudiannya kecundang, tetapi tetapkan tujuan yang rendah dan capai target itu”. Anda mampu untuk mencapai sesuatu lebih dari yang anda sangkakan, jadi luaskan matlamat anda itu. Kenalpasti matlamat anda berulang kali. Amatlah penting bagi anda untuk memastikan matlamat itu  berada secara visual berhadapan dengan fikiran anda pada setiap masa.

Seterusnya, berusahalah dengan bersungguh-sungguh tentang matlamat anda itu. Jangan berterusan membazirkan wang, berjalan sana sini atau membuang masa tanpa hala tuju. Berusahalah dengan sekuat mampu dan tambahkan nilai kepada usaha orang lain. Lakukan lebih dari yang dipinta. Tanamkan sifat tanggungjawab untuk setiap tindakan anda. Tiada siapa yang berhutang dengan anda. Jika anda mahukannya, berusaha dengan semua orang dan dapatkannya! Tiada istilah jalan pintas – hanya disiplin dan usaha keras. – Matt Mead, founder dan CEO EpekData dan BrandLync, divisions of Mead Holdings Group, Inc.      

     

 

Vladimir Ninov

       3) Adakan simpanan dan kesan kewangan anda

Dengan cara mengawasi pemilihan anda, ianya akan membawa anda jauh ke hadapan. Kenal pasti tabiat harian dan kaji trend perbelanjaan anda. Jika sebelum ini perbelanjaan untuk makan tengah hari anda adalah RM20 sehari, apa kata anda tukarkannya kepada sesuatu yang lebih murah atau bawa makanan sendiri. Mulakan pengambilan pengangkutan awam selain daripada memandu ke tempat kerja. Anda akan mula menyesuaikan diri dengan tabiat baru dan secara tidak langsung akaun bank anda akan turut berkembang.

“A dollar saved is a dollar earned” mempunyai makna yang tersirat buat mana-mana CEO atau usahawan yang sedang berusaha dengan aliran kewangan. Jika anda mempunyai perniagaan, jejaki kewangan anda di suatu tempat dan pantau prosesnya. Memahami dan meningkatkan skor kredit anda adalah penting terutamanya jika anda memerlukan kredit untuk berkembang.

Sesungguhnya, tiada jalan pintas untuk berjaya. Sesuatu kejayaan memerlukan kerja keras, ketabahan, pengambilan risiko, keyakinan, disiplin dan keberanian – Vladimir Ninov, co-founder dan pengarah pemasaran Webcoin.

 

Kesimpulannya, apa-apa jenis pelaburan sudah tentunya akan melibatkan risiko. Oleh itu, potensi untuk kehilangan wang berkemungkinan untuk terjadi. Sebelum melabur, pastikan akan mendapat nasihat kewangan daripada penasihat kewangan professional.

Selamat maju jaya!

Sekiranya anda menggemari artikel seperti ini, sila berikan feedback mahupun respon di ruangan komen di bawah. Terima kasih 🙂

Oleh: N.S Firdaus

Photo by : The Oracles