Untuk menghasilkan sesuatu video testimoni itu tampak menarik untuk ditonton. Tetapi. tahukah anda untuk mendapatkan hasil yang sempurna itu bukanlah sesuatu yang mudah?
Berikut adalah rahsia yang perlu anda tahu semasa menghasilkan sesebuah video testimoni :
1) Cari Pelanggan yang membuat kekerapan pembelian lebih dari 3 kali
Anda sudah semestinya mempunyai pelanggan setia atau tetap yang akan repeat order lebih dari 3 kali bukan? Melalui kekerapan ini, pernah tak anda terfikirkan sebab mengapa mereka gemarkan produk atau servis anda? Apakah faktor kepada kekerapan pembelian itu?
Untuk pelanggan seperti ini, carilah mereka walau sehingga ke lubang cacing sekalipun kerana mereka adalah duta secara tidak langsung kepada bisnes anda. ‘Feedback’ yang telus dan spontan daripada mereka memainkan peranan yang penting untuk perniagaan anda. Ianya adalah ibarat ‘permata’ yang membuatkannya berharga di dalam memperoleh feedback yang sedemikian. Pentingnya sesebuah data pelanggan dalam memperoleh sesuatu feedback.
2) Pilih pelanggan yang berbeza bidang pekerjaanya
Pertama, kenal pasti pekerjaan mereka. Pilih pelanggan melalui jenis serta bidang pekerjaan yang berbeza. Pemilihan yang berbeza ini akan mewujudkan variasi kepada jawapan yang diperoleh. Perbezaan variasi ini mudah untuk menarik minat serta keyakinan pengguna luar di dalam sektor pekerjaan yang sama.
Sebagai contoh, jika pelanggan anda adalah seorang kerani dan kebetulan pula yang menontonnya juga adalah seorang kerani. Maka secara psikologinya mereka akan mudah tertarik dengan testimoni dari orang yang mempunyai skop pekerjaan yang sama. Tambahan pula jika pelanggan anda secara tidak langsung akan mengaitkan situasi kerja mereka semasa menggunakan servis atau produk anda.
3) Pilih pelanggan yang mempunyai masalah yang berbeza
Langkah ini tiada bezanya dengan langkah kedua di atas di mana ianya akan mempengaruhi psikologi ramai orang semasa menonton testimoni anda. Malah langkah ini juga lebih mempunyai kuasa pengaruh yang tinggi kerana ianya melibatkan emosi. Masyarakat lebih mudah tersentuh dengan sesuatu yang melibatkan emosi jika mereka melihat orang yang sama situasinya seperti mereka.
Setiap perbezaan masalah yang dialami mereka membuktikan bahawa bisnes anda turut membawa penyelesaian kepada masalah-masalah tersebut. Pelanggan akan mula merasa khuatir, berjaga-jaga dan senasib dengan pelanggan di dalam video testimoni. Emosi mereka akan mula memainkan peranan dan kemudiannya mereka akan terus memulakan langkah untuk menghubungi anda.
4) Adakan pertemuan dua muka bersama mereka & menawarkan ‘Win-win Situation’
Langkah terakhir yang boleh digunakan adalah anda sebagai pemilik produk, harus mendekati mereka melalui pertemuan dua muka. Biarlah jemputan itu bukan sekadar jemputan kosong tetapi pastikan mereka memperoleh sesuatu setelah selesai menjayakan video testimoni itu. Inilah yang dinamakan sebagai win-win situation.
Anda sebagai pemilik produk sudah tentu akan memiliki faedah yang lumayan daripada video tersebut. Sebagai balasan, tawarkan sesuatu seperti wang ganjaran, baucer diskaun atau apa-apa sahaja sebagai tanda penghargaan kepada mereka.
Jadi tunggu apa lagi. Ayuh mula bertindak sekarang!
Sekiranya anda menggemari artikel seperti ini, sila berikan feedback mahupun respon di ruangan komen di bawah. Terima kasih 🙂
Oleh: N.S Firdaus
Photo by : Mishkom