Jom Kurangkan Risiko Sales Selepas Raya!

“Alahai… Lepas raya macam ni mesti sales bisnes turun. Yela, raya haritu mesti ramai yang berbelanja besar. Ada ke orang nak beli lagi time-time sekarang? Aduh, macam mana ni!?”.

Begitulah keluhan yang sering anda perdengarkan kepada diri anda sendiri. Betul tak? Itu normal. Tetapi mulai sekarang, jangan hanya terus mengeluh tetapi yang penting, terus tingkatkan usaha anda dan jangan terus mengalah!

Lakukan langkah-langkah ini :

       1) Tembakan balik Kepada Prospek Senyap

Mesti anda pernah mempunyai pelanggan yang senyap dan tidak memberikan apa-apa respon selepas beberapa perbualan awal. Jadi, inilah masa terbaik untuk anda hubungi balik mereka. Tawarkan kepada mereka diskaun/baucer/promosi atau apa-apa sahaja yang akan menarik minat mereka dan membuatkan mereka tidak mahu melepaskannya. Cara ini secara terangnya tidak melibatkan apa-apa kos melainkan masa dan tenaga. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

    2) Nyahkan mindset “Sales akan turun selepas raya”

Jikalau anda berterusan fokus kepada masalah yang dihadapi, adalah lebih baik kiranya anda fikirkan solusi kepada masalah tersebut. Seharusnya fikirkan sesuatu yang positif supaya anda akan mencari jalan lain untuk mengatasi masalah yang mungkin akan berlaku. Jangan berterusan mengalah!

       3) Nyahkan mindset “Orang tidak membeli selepas raya”

Bukan semuanya terkesan dan boros berbelanja. Setiap orang mempunyai kewangan yang berbeza malah mempunyai cara penjimatan wang yang tersendiri. Ada yang hemah berbelanja malah ada yang lebih. Jadi, pengguna-pengguna yang tidak boros berbelanja semasa musim perayaan sudah tentunya tidak akan mempunyai masalah untuk membuat pembelian walaupun selepas raya malah bila-bila masa sahaja yang mereka mahukan. Targetkan sales anda pada mereka.

       4) Lakukan Pendekatan Sasaran atau Tukar Trend Mengikut Situasi Semasa

Anda masih boleh meneruskan kempen promosi anda walaupun selepas raya tetapi pastikan ianya bersesuaian dengan cara penyampaian anda dengan situasi ketika itu. Contohnya kepada peniaga bisnes baju raya, anda masih boleh buat marketing dengan menawarkan tawaran koleksi untuk open-house, majlis keramaian dan sebagainya. Pasti ramai yang akan tertarik lah!

       5) Konsistensi Pemasaran Haruslah Dikekalkan Seperti Sebelum Raya

Ketika pesaing lain sudah mula turn-off marketing mereka, inilah masanya untuk anda lebih aktif dalam memasarkan produk/servis anda. Dari situ, pelanggan akan lebih nampak bisnes anda berbanding yang lain. Anda akan memonopoli trafik news feed mereka dengan iklan bisnes anda. Aturan strategi yang tepat adalah kuncinya!

 

Mudah kan? Jadi jom kurangkan risiko sales selepas raya!

Sekiranya anda menggemari artikel seperti ini, sila berikan feedback mahupun respon di ruangan komen di bawah. Terima kasih 🙂

 

Oleh: N.S Firdaus

Photo by :  Irfan Albanjarie 

One Reply to “Jom Kurangkan Risiko Sales Selepas Raya!”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *