Zaman sekarang banyak bisnes yang lebih menumpukan perhatian kepada pemasaran tidak langsung yang dikenali sebagai content marketing. Pemerhatian seperti ini memainkan peranan yang penting pada masa kini kerana kebanyakkan pembeli lebih gemarkan bisnes yang santai dan tidak terlampau pushy dalam menjual.
Iklan secara terang-terangan kadang kala dilihat kurang menarik perhatian ramai. Hal ini adalah kerana pengguna sekarang lebih gemarkan sesuatu yang mendorong ke arah penyelesaian masalah, perkongsian maklumat dan apa-apa sahaja yang membawa manfaat.
Berikut adalah beberapa content marketing yang perlu anda mulakan dari sekarang untuk bisnes anda :
1) Interview
Interview atau temubual adalah sesuatu yang mudah untuk didapati kerana ianya berada di sekitar anda. Sebagai contoh, targetkan kepada pelanggan setia dan staff anda serta beberapa peneraju lain. Kaedah ini akan mendorong kepada nilai interaksi yang lebih dekat atau lebih peribadi berkaitan perniagaan.
Secara tidak langsung, kisah pengalaman peribadi terhadap bisnes anda akan lebih menonjol kerana ianya dapat mempengaruhi persepsi orang ramai. Seeloknya biarlah pengalaman yang positif kerana ia melibatkan reputasi bisnes anda juga.
Temubual di antara rakan niaga juga adalah perlu kerana ianya akan menonjolkan profesionalisme anda dalam mewujudkan interaksi dengan bisnes lain. Secara tidak langsung business network anda akan berkembang.
2) Kajian Kes
Saya pasti ramai yang telah melakukan kaedah ini dan jangan sesekali diabaikan. Kajian kes adalah suatu content marketing yang dapat menfokuskan pengalaman pelanggan mengenai produk anda. Tanyakan respon berserta pengalaman mereka sebelum, semasa dan selepas menggunakan produk anda.
Dari sini, anda akan memperoleh jawapan bagaimana produk mahupun servis anda ini mampu menyelesaikan masalah atau menggembirakan mereka. Pastikan ianya realistik supaya keyakinan mereka akan turut bertambah.
3) Newsletter
Kaedah newsletter ini adalah contoh terdekat yang sering digunakan ramai. Ianya akan dihantar melalui emel secara terus kepada pelanggan. Newsletter dianggap eksklusif kerana ia tidak dipaparkan secara umum dan khas untuk sesuatu kumpulan sahaja. Dari sini, anda boleh menawarkan mereka kandungan istimewa secara percuma yang tidak akan mereka peroleh dari tempat lain.
Pokoknya ianya adalah seperti pepatah, sambil menyelam sambil minum air. Sambil berkongsi maklumat, sambil memasarkan bisness. Mudah bukan? Secara tidak langsung, anda tidak kelihatan seperti mendesak pelanggan untuk membeli tetapi lebih kepada memberikan ilmu dan maklumat kepada orang ramai.
Sekiranya anda menggemari artikel seperti ini, sila berikan feedback mahupun respon di ruangan komen di bawah. Terima kasih 🙂
Oleh: N.S Firdaus
Photo by : Alacim