Kebanyakan syarikat faham akan nilai kewujudan dan pentingnya media sosial. Pada tahun 2017, terdapat sebanyak 2.46 billion pengguna media sosial di serata dunia dan bilangan tersebut akan meningkat secara berterusan. Penggunaan media sosial adalah satu cara marketing tool yang mudah untuk perniagaan anda. Anda boleh mempromosikan produk anda di hadapan ribuan malah jutaan pengguna baru tanpa perlu mengeluarkan modal waima satu sen sekalipun.
Jika anda ingin menarik perhatian ramai ke atas jenama anda, berikut adalah 5 langkah bagaimana untuk meningkatkan perhubungan media sosial anda.
1) Penggunaan imej di post
Penggunaan imej di media sosial adalah suatu kemestian. Dengan adanya pelbagai platform seperti Instagram, Facebook, dan Twitter yang terkenal dengan kemudahan perkongsian imej, ianya adalah suatu kemestian buat anda untuk menggunakan kemudahan tersebut sepenuhnya.
Perkongsian gambaran pengguna berinteraksi bersama dengan produk anda adalah cara terbaik untuk anda lebih dikenali. Variasikan gambaran imej anda dengan sesuatu yang menarik melalui imej-imej yang lebih ceria, berkonsepkan western atau apa-apa sahaja yang bersesuaian dengan produk anda. Anda boleh menggunakan khidmat designer dalam mencipta ilustri custom yang terbaik dan terhebat!
Apabila pengguna sedang melayari feed media sosial mereka, imej yang lain dari yang lain ini akan menarik minat orang ramai untuk mengenali produk anda secara dekat. Cara ini secara tidak langsung akan membawa kepada keputusan penglibatan yang positif di post anda.
2) Bertanyakan soalan
Permulaan sesuatu soalan bersama dengan followers media sosial anda adalah langkah terbaik dalam menarik penglibatan mereka. Apabila anda post sesuatu di media sosial anda, jangan lupa untuk selitkan sedikit soalan asas di penghujungnya seperti “Bagaimana dengan hari minggu anda? Best tak?”. Langkah ini akan menggalakkan followers untuk respon dan komen.
Anda juga boleh menanyakan soalan yang berkaitan dengan produk anda kepada followers. Sebagai contoh, syarikat pakaian boleh bertanyakan soalan ; “Anda lebih gemarkan tema berwarna pastel atau basic untuk Hari Raya nanti?”. Secara tidak langsung, anda akan memperoleh penglibatan media sosial yang positif di post anda dan sebagai bonus, maklum balas berkaitan produk anda akan turut diketahui.
3) Menggalakkan reaksi melalui Emojis
Maklumkan pengguna untuk mengekpresikan reaksi mereka melalui emojis. Emojis adalah satu langkah yang menyeronokkan untuk membolehkan pengguna berinteraksi di dalam post anda. Jika anda mahu mereka sukakan sesuatu, tambahkan emoji ‘😍’ dan jika anda ingin memastikan jenaka anda menarik, tambahkan emoji ‘😂’.
Kadangkala, ia boleh menjadi agak sukar untuk menyampaikan emosi melalui penulisan, jadi apabila anda boleh menyatakan emoji anda bersama, followers akan memahami mesej yang ingin disampaikan dengan mudah. Tetapi ingat! Jangan penuhkan post anda dengan emojis yang banyak – ini akan membawa kepada unsur yang agak tidak matang. Gunakan dengan berhati-hati dan pastikan ianya bersesuaian dengan jenama anda.
4) Mempunyai sifat bergurau (sense of humor)
Kebanyakan daripada mereka yang melayari media sosial adalah bertujuan untuk relaks dan mendapatkan sedikit keseronokkan. Jadi, post yang berunsurkan gurauan akan memperoleh lebih maklum balas dan akan menarik perhatian ramai serta akan selalu diingati. Sebagai contoh, iklan telekung Siti Khadijah dengan tagline “Nak… mak teringin nak pakai telekung Siti Khadijah”. Ramai yang gemar akan iklan ini kerana ayatnya yang ringkas dan padat.
Jika anda rasa skill gurauan (sense of humor) anda agak lemah, jangan risau. Selain daripada membuat post bertulis berunsur gurauan, anda boleh juga berkongsi apa-apa meme atau gambaran lucu kepada followers anda.
5) Adakan giveaways dan contest
Ramai yang gemarkan hadiah. Jadi, dengan adanya giveaways dan contest, ini akan meningkatkan perhubungan di media sosial anda secara tidak langsung. Cara yang termudah untuk mengadakan giveaways melalui Instagram, Facebook dan Twitter adalah melalui post pengumuman peluang memenangi salah satu dari produk anda kepada followers.
Pastikan anda memasukkan gambaran produk yang bakal dimenangi ke dalam post dan tetapkan beberapa syarat pertandingan wajib. Antaranya, dengan menyuruh mereka follow media sosial anda, diikuti dengan ‘like’ dan ‘share’ post giveaway tersebut. Orang ramai sudah semestinya tidak akan melepaskan peluang untuk mengambil bahagian dalam pertandingan yang menyeronokkan sebegini dan secara tidak langsung, ia boleh meningkatkan jumlah followers anda.
Media sosial adalah medium yang sangat berharga, serta ianya adalah sesuatu yang percuma untuk anda ambil kesempatan di dalam mempromosikan perniagaan anda ke khayalak ramai. Tetapi anda tidak hanya boleh mengiklankan produk anda dan mengharapkan sesuatu keajaiban yang bombastik untuk berlaku tanpa mengusahakan cara marketing yang lain tau! Dengan adanya penglibatan di media sosial, anda akan mempunyai cara anda yang tersendiri untuk mengembangkan penglibatan yang bermakna bersama followers anda serta meningkatkan jualan yang sedia ada.
Sekiranya anda menggemari artikel seperti ini, sila berikan feedback mahupun respon di ruangan komen di bawah. Terima kasih 🙂
Oleh: N.S Firdaus
Photo by : Artsy Couture