Rahsia Menghasilkan Video Testimoni Yang Berpengaruh

Untuk menghasilkan sesuatu video testimoni itu tampak menarik untuk ditonton. Tetapi. tahukah anda untuk mendapatkan hasil yang sempurna itu bukanlah sesuatu yang mudah?

Berikut adalah rahsia yang perlu anda tahu semasa menghasilkan sesebuah video testimoni :

       1) Cari Pelanggan yang membuat kekerapan pembelian lebih dari 3 kali

Anda sudah semestinya mempunyai pelanggan setia atau tetap yang akan repeat order lebih dari 3 kali bukan? Melalui kekerapan ini, pernah tak anda terfikirkan sebab mengapa mereka gemarkan produk atau servis anda? Apakah faktor kepada kekerapan pembelian itu?

Untuk pelanggan seperti ini, carilah mereka walau sehingga ke lubang cacing sekalipun kerana mereka adalah duta secara tidak langsung kepada bisnes anda. ‘Feedback’ yang telus dan spontan daripada mereka memainkan peranan yang penting untuk perniagaan anda. Ianya adalah ibarat ‘permata’ yang membuatkannya berharga di dalam memperoleh feedback yang sedemikian. Pentingnya sesebuah data pelanggan dalam memperoleh sesuatu feedback.

       2) Pilih pelanggan yang berbeza bidang pekerjaanya

Pertama, kenal pasti pekerjaan mereka. Pilih pelanggan melalui jenis serta bidang pekerjaan yang berbeza. Pemilihan yang berbeza ini akan mewujudkan variasi kepada jawapan yang diperoleh. Perbezaan variasi ini mudah untuk menarik minat serta keyakinan pengguna luar di dalam sektor pekerjaan yang sama.

Sebagai contoh, jika pelanggan anda adalah seorang kerani dan kebetulan pula yang menontonnya juga adalah seorang kerani. Maka secara psikologinya mereka akan mudah tertarik dengan testimoni dari orang yang mempunyai skop pekerjaan yang sama. Tambahan pula jika pelanggan anda secara tidak langsung akan mengaitkan situasi kerja mereka semasa menggunakan servis atau produk anda.

       3) Pilih pelanggan yang mempunyai masalah yang berbeza

Langkah ini tiada bezanya dengan langkah kedua di atas di mana ianya akan mempengaruhi psikologi ramai orang semasa menonton testimoni anda. Malah langkah ini juga lebih mempunyai kuasa pengaruh yang tinggi kerana ianya melibatkan emosi. Masyarakat lebih mudah tersentuh dengan sesuatu yang melibatkan emosi jika mereka melihat orang yang sama situasinya seperti mereka.

Setiap perbezaan masalah yang dialami mereka membuktikan bahawa bisnes anda turut membawa penyelesaian kepada masalah-masalah tersebut. Pelanggan akan mula merasa khuatir, berjaga-jaga dan senasib dengan pelanggan di dalam video testimoni. Emosi mereka akan mula memainkan peranan dan kemudiannya mereka akan terus memulakan langkah untuk menghubungi anda.

       4) Adakan pertemuan dua muka bersama mereka & menawarkan ‘Win-win Situation’

Langkah terakhir yang boleh digunakan adalah anda sebagai pemilik produk, harus mendekati mereka melalui pertemuan dua muka. Biarlah jemputan itu bukan sekadar jemputan kosong tetapi pastikan mereka memperoleh sesuatu setelah selesai menjayakan video testimoni itu. Inilah yang dinamakan sebagai win-win situation.

Anda sebagai pemilik produk sudah tentu akan memiliki faedah yang lumayan daripada video tersebut. Sebagai balasan, tawarkan sesuatu seperti wang ganjaran, baucer diskaun atau apa-apa sahaja sebagai tanda penghargaan kepada mereka.

Jadi tunggu apa lagi. Ayuh mula bertindak sekarang!

 

Sekiranya anda menggemari artikel seperti ini, sila berikan feedback mahupun respon di ruangan komen di bawah. Terima kasih 🙂

Oleh: N.S Firdaus

Photo by :   Mishkom

Jom Kurangkan Risiko Sales Selepas Raya!

“Alahai… Lepas raya macam ni mesti sales bisnes turun. Yela, raya haritu mesti ramai yang berbelanja besar. Ada ke orang nak beli lagi time-time sekarang? Aduh, macam mana ni!?”.

Begitulah keluhan yang sering anda perdengarkan kepada diri anda sendiri. Betul tak? Itu normal. Tetapi mulai sekarang, jangan hanya terus mengeluh tetapi yang penting, terus tingkatkan usaha anda dan jangan terus mengalah!

Lakukan langkah-langkah ini :

       1) Tembakan balik Kepada Prospek Senyap

Mesti anda pernah mempunyai pelanggan yang senyap dan tidak memberikan apa-apa respon selepas beberapa perbualan awal. Jadi, inilah masa terbaik untuk anda hubungi balik mereka. Tawarkan kepada mereka diskaun/baucer/promosi atau apa-apa sahaja yang akan menarik minat mereka dan membuatkan mereka tidak mahu melepaskannya. Cara ini secara terangnya tidak melibatkan apa-apa kos melainkan masa dan tenaga. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

    2) Nyahkan mindset “Sales akan turun selepas raya”

Jikalau anda berterusan fokus kepada masalah yang dihadapi, adalah lebih baik kiranya anda fikirkan solusi kepada masalah tersebut. Seharusnya fikirkan sesuatu yang positif supaya anda akan mencari jalan lain untuk mengatasi masalah yang mungkin akan berlaku. Jangan berterusan mengalah!

       3) Nyahkan mindset “Orang tidak membeli selepas raya”

Bukan semuanya terkesan dan boros berbelanja. Setiap orang mempunyai kewangan yang berbeza malah mempunyai cara penjimatan wang yang tersendiri. Ada yang hemah berbelanja malah ada yang lebih. Jadi, pengguna-pengguna yang tidak boros berbelanja semasa musim perayaan sudah tentunya tidak akan mempunyai masalah untuk membuat pembelian walaupun selepas raya malah bila-bila masa sahaja yang mereka mahukan. Targetkan sales anda pada mereka.

       4) Lakukan Pendekatan Sasaran atau Tukar Trend Mengikut Situasi Semasa

Anda masih boleh meneruskan kempen promosi anda walaupun selepas raya tetapi pastikan ianya bersesuaian dengan cara penyampaian anda dengan situasi ketika itu. Contohnya kepada peniaga bisnes baju raya, anda masih boleh buat marketing dengan menawarkan tawaran koleksi untuk open-house, majlis keramaian dan sebagainya. Pasti ramai yang akan tertarik lah!

       5) Konsistensi Pemasaran Haruslah Dikekalkan Seperti Sebelum Raya

Ketika pesaing lain sudah mula turn-off marketing mereka, inilah masanya untuk anda lebih aktif dalam memasarkan produk/servis anda. Dari situ, pelanggan akan lebih nampak bisnes anda berbanding yang lain. Anda akan memonopoli trafik news feed mereka dengan iklan bisnes anda. Aturan strategi yang tepat adalah kuncinya!

 

Mudah kan? Jadi jom kurangkan risiko sales selepas raya!

Sekiranya anda menggemari artikel seperti ini, sila berikan feedback mahupun respon di ruangan komen di bawah. Terima kasih 🙂

 

Oleh: N.S Firdaus

Photo by :  Irfan Albanjarie 

3 Content Marketing Yang Perlu Anda Lakukan!

Zaman sekarang banyak bisnes yang lebih menumpukan perhatian kepada pemasaran tidak langsung yang dikenali sebagai content marketing. Pemerhatian seperti ini memainkan peranan yang penting pada masa kini kerana kebanyakkan pembeli lebih gemarkan bisnes yang santai dan tidak terlampau pushy dalam menjual.

Iklan secara terang-terangan kadang kala dilihat kurang menarik perhatian ramai. Hal ini adalah kerana pengguna sekarang lebih gemarkan sesuatu yang mendorong ke arah penyelesaian masalah, perkongsian maklumat dan apa-apa sahaja yang membawa manfaat.

Berikut adalah beberapa content marketing yang perlu anda mulakan dari sekarang untuk bisnes anda :

       1) Interview

Interview atau temubual adalah sesuatu yang mudah untuk didapati kerana ianya berada di sekitar anda. Sebagai contoh, targetkan kepada pelanggan setia dan staff anda serta beberapa peneraju lain. Kaedah ini akan mendorong kepada nilai interaksi yang lebih dekat atau lebih peribadi berkaitan perniagaan.

Secara tidak langsung, kisah pengalaman peribadi terhadap bisnes anda akan lebih menonjol kerana ianya dapat mempengaruhi persepsi orang ramai. Seeloknya biarlah pengalaman yang positif kerana ia melibatkan reputasi bisnes anda juga.

Temubual di antara rakan niaga juga adalah perlu kerana ianya akan menonjolkan profesionalisme anda dalam mewujudkan interaksi dengan bisnes lain. Secara tidak langsung business network anda akan berkembang.

       2) Kajian Kes

Saya pasti ramai yang telah melakukan kaedah ini dan jangan sesekali diabaikan. Kajian kes adalah suatu content marketing yang dapat menfokuskan pengalaman pelanggan mengenai produk anda. Tanyakan respon berserta pengalaman mereka sebelum, semasa dan selepas menggunakan produk anda.

Dari sini, anda akan memperoleh jawapan bagaimana produk mahupun servis anda ini mampu menyelesaikan masalah atau menggembirakan mereka. Pastikan ianya realistik supaya keyakinan mereka akan turut bertambah.

       3) Newsletter

Kaedah newsletter ini adalah contoh terdekat yang sering digunakan ramai. Ianya akan dihantar melalui emel secara terus kepada pelanggan. Newsletter dianggap eksklusif kerana ia tidak dipaparkan secara umum dan khas untuk sesuatu kumpulan sahaja. Dari sini, anda boleh menawarkan mereka kandungan istimewa secara percuma yang tidak akan mereka peroleh dari tempat lain.

 

Pokoknya ianya adalah seperti pepatah, sambil menyelam sambil minum air. Sambil berkongsi maklumat, sambil memasarkan bisness. Mudah bukan? Secara tidak langsung, anda tidak kelihatan seperti mendesak pelanggan untuk membeli tetapi lebih kepada memberikan ilmu dan maklumat kepada orang ramai.

Sekiranya anda menggemari artikel seperti ini, sila berikan feedback mahupun respon di ruangan komen di bawah. Terima kasih 🙂

Oleh: N.S Firdaus

Photo by :  Alacim

5 Cara Terbaik Untuk Meningkatkan Penglibatan Media Sosial Anda

Kebanyakan syarikat faham akan nilai kewujudan dan pentingnya media sosial. Pada tahun 2017, terdapat sebanyak 2.46 billion pengguna media sosial di serata dunia dan bilangan tersebut akan meningkat secara berterusan. Penggunaan media sosial adalah satu cara marketing tool yang mudah untuk perniagaan anda. Anda boleh mempromosikan produk anda di hadapan ribuan malah jutaan pengguna baru tanpa perlu mengeluarkan modal waima satu sen sekalipun.

Jika anda ingin menarik perhatian ramai ke atas jenama anda, berikut adalah 5 langkah bagaimana untuk meningkatkan perhubungan media sosial anda.

       1) Penggunaan imej di post

Penggunaan imej di media sosial adalah suatu kemestian. Dengan adanya pelbagai platform seperti Instagram, Facebook, dan Twitter yang terkenal dengan kemudahan perkongsian imej, ianya adalah suatu kemestian buat anda untuk menggunakan kemudahan tersebut sepenuhnya.

Perkongsian gambaran pengguna berinteraksi bersama dengan produk anda adalah cara terbaik untuk anda lebih dikenali. Variasikan gambaran imej anda dengan sesuatu yang menarik melalui imej-imej yang lebih ceria, berkonsepkan western atau apa-apa sahaja yang bersesuaian dengan produk anda. Anda boleh menggunakan khidmat designer dalam mencipta ilustri custom yang terbaik dan terhebat!

Apabila pengguna sedang melayari feed media sosial mereka, imej yang lain dari yang lain ini akan menarik minat orang ramai untuk mengenali produk anda secara dekat. Cara ini secara tidak langsung akan membawa kepada keputusan penglibatan yang positif di post anda.

 2) Bertanyakan soalan

Permulaan sesuatu soalan bersama dengan followers media sosial anda adalah langkah terbaik dalam menarik penglibatan mereka. Apabila anda post sesuatu di media sosial anda, jangan lupa untuk selitkan sedikit soalan asas di penghujungnya seperti “Bagaimana dengan hari minggu anda? Best tak?”. Langkah ini akan menggalakkan followers untuk respon dan komen.

Anda juga boleh menanyakan soalan yang berkaitan dengan produk anda kepada followers. Sebagai contoh, syarikat pakaian boleh bertanyakan soalan ; “Anda lebih gemarkan tema berwarna pastel atau basic untuk Hari Raya nanti?”. Secara tidak langsung, anda akan memperoleh penglibatan media sosial yang positif di post anda dan sebagai bonus, maklum balas berkaitan produk anda akan turut diketahui.

    3) Menggalakkan reaksi melalui Emojis

Maklumkan pengguna untuk mengekpresikan reaksi mereka melalui emojis. Emojis adalah satu langkah yang menyeronokkan untuk membolehkan pengguna berinteraksi di dalam post anda. Jika anda mahu mereka sukakan sesuatu, tambahkan emoji ‘😍’ dan jika anda ingin memastikan jenaka anda menarik, tambahkan emoji ‘😂’.

Kadangkala, ia boleh menjadi agak sukar untuk menyampaikan emosi melalui penulisan, jadi apabila anda boleh menyatakan emoji anda bersama, followers akan memahami mesej yang ingin disampaikan dengan mudah. Tetapi ingat! Jangan penuhkan post anda dengan emojis yang banyak – ini akan membawa kepada unsur yang agak tidak matang. Gunakan dengan berhati-hati dan pastikan ianya bersesuaian dengan jenama anda.

 4) Mempunyai sifat bergurau (sense of humor)

Kebanyakan daripada mereka yang melayari media sosial adalah bertujuan untuk relaks dan mendapatkan sedikit keseronokkan. Jadi, post yang berunsurkan gurauan akan memperoleh lebih maklum balas dan akan menarik perhatian ramai serta akan selalu diingati. Sebagai contoh, iklan telekung Siti Khadijah dengan tagline “Nak… mak teringin nak pakai telekung Siti Khadijah”. Ramai yang gemar akan iklan ini kerana ayatnya yang ringkas dan padat.

Jika anda rasa skill gurauan (sense of humor) anda agak lemah, jangan risau. Selain daripada membuat post bertulis berunsur gurauan, anda boleh juga berkongsi apa-apa meme atau gambaran lucu kepada followers anda.

   5) Adakan giveaways dan contest

Ramai yang gemarkan hadiah. Jadi, dengan adanya giveaways dan contest, ini akan meningkatkan perhubungan di media sosial anda secara tidak langsung. Cara yang termudah untuk mengadakan giveaways melalui Instagram, Facebook dan Twitter adalah melalui post pengumuman peluang memenangi salah satu dari produk anda kepada followers.

Pastikan anda memasukkan gambaran produk yang bakal dimenangi ke dalam post dan tetapkan beberapa syarat pertandingan wajib. Antaranya, dengan menyuruh mereka follow media sosial anda, diikuti dengan ‘like’ dan ‘share’ post giveaway tersebut. Orang ramai sudah semestinya tidak akan melepaskan peluang untuk mengambil bahagian dalam pertandingan yang menyeronokkan sebegini dan secara tidak langsung, ia boleh meningkatkan jumlah followers anda.

Media sosial adalah medium yang sangat berharga, serta ianya adalah sesuatu yang percuma untuk anda ambil kesempatan di dalam mempromosikan perniagaan anda ke khayalak ramai. Tetapi anda tidak hanya boleh mengiklankan produk anda dan mengharapkan sesuatu keajaiban yang bombastik untuk berlaku tanpa mengusahakan cara marketing yang lain tau! Dengan adanya penglibatan di media sosial, anda akan mempunyai cara anda yang tersendiri untuk mengembangkan penglibatan yang bermakna bersama followers anda serta meningkatkan jualan yang sedia ada.

Sekiranya anda menggemari artikel seperti ini, sila berikan feedback mahupun respon di ruangan komen di bawah. Terima kasih 🙂

Oleh: N.S Firdaus

Photo by :  Artsy Couture