9 Tanda Yang Mungkin Ada Di Dalam Diri Anda Untuk Menjadi Seorang Yang Berjaya!

Kita semua mungkin mempunyai pendapat tersendiri di dalam mendefinasikan maksud ‘kejayaan’. Ada yang beranggapan, kejayaan boleh dilihat dari sudut wang ringgit malah ada yang memandang pada pangkat ataupun gaya hidup. Lain orang lain pendapatnya.

Maksud kejayaan itu sendiri boleh dipandang dari pelbaga sudut mengikut faktor usia. Erti kejayaan boleh diperhatikan dari sudut dan aspek organisasi dari serata dunia.

      1. Anda memahami nilai yang anda tawarkan

Sesuatu nilai tersebut boleh dibentuk di mana-mana sahaja termasuk di tempat kerja. Apabila anda memahami nilai yang dibuat dan nilai tersebut membawa kepentingan di dalam sesebuah organisasi, anda akan dihargai, seterusnya kejayaan akan dicapai. Mudah bukan? Hanya dengan memahami nilai-nilai penting, anda akan berjaya!

      2. Anda perlu mendapatkan kehormatan, bukan mencari

Ramai yang ingin dikenali dan dihormati bukan? Tetapi terdapat perbezaan di antara mencari kehormatan dan mendapatkan kehormatan melalui sesuatu kejayaan. Jika anda memahami bahawa kerja, usaha malah keputusan anda dapat memenangi serta mendapatkan penghormatan dan pujian ramai, sudah jelas terbukti bahawa anda sudahpun mencapai tahap kejayaan yang tertinggi.

      3. Kemajuan adalah sesuatu yang menarik

Ironinya sesebuah kejayaan adalah bilamana anda menarik diri daripada berterusan untuk berjaya dan anda gagal. Kejayaan adalah sasaran yang bergerak. Tetapi, bagi mereka yang mendapatkan keterujaan dengan kemajuan-halangan yang berterusan, tidak kisah lah yang datang itu adalah halangan yang sedikit mahupun cabaran baru, mereka sudahpun menemui kejayaan mereka sendiri. Mengapa? Kerana mereka faham bahawa masa depan adalah perubahan yang konsisten. Akan adanya lebih kemenangan dan kekalahan. Mereka berjaya kerana mereka tahu akan adanya kemajuan yang pelbagai.

       4. Anda sedar anda boleh belajar dari sesiapa pun

Sewaktu kecil dahulu, ianya begitu mudah bagi kita untuk mencari orang yang sudah mencapai kejayaan hebat seperti ahli-ahli perniagaan ataupun keluarga sendiri. Saya yakin, ramai di kalangan anda sendiri belajar melalui orang sekeliling kerana ini adalah moment terbaik di mana mereka akan berkongsi pengalaman berserta pendapat tersendiri yang mungkin tidak akan anda dapat di tempat lain. Jadikan mereka sebagai mentor anda!

     5. Anda mempunyai satu tahap scrappiness

Scrappiness adalah suatu tahap di mana anda sanggup buat apa sahaja untuk berjaya. Tidak kisah anda datang dari mana, siapakah anda atau apakah pengalaman anda sekalipun, satu perkaya yang benar-benar membezakan tahap kejayaan seseorang adalah melalui kesungguhan scrappiness mereka. Jika anda adalah seorang yang sanggup bercakar, bertumbuk dan bersaing melalui apa cara sekalipun di dalam kerjaya anda, anda sudahpun berjaya. Ini adalah kerana anda tahu perasaan atau kesungguhan dalam menginginkan sesuatu dan apa yang harus anda lakukan untuk mendapatkannya.

      6. Anda tidak mempunya masalah untuk menyatakan ‘Tidak’

Dengan menyatakan ‘Tidak’ tidak bermaksud anda adalah seseorang yang susah untuk bekerjasama. Ini bermaksud, anda adalah seorang yang mempunyai kata suara dan pendapat tersendiri. Tahukah anda sebenarnya ketua mahupun majikan di luar sebenarnya menginginkan orang yang berani untuk menolak idea mereka? Mereka mahukan orang yang ingin belajar cara untuk menyuarakan ketidakpersetujuan mereka (dengan cara yang professional). Jika anda adalah seorang yang gemar menyatakan ‘Tidak’, anda dikategorikan sebagai seorang yang berjaya kerana anda tahu apa yang diinginkan dan siapa anda. You deserve what you are!

      7. Anda adalah penentu masa depan anda sendiri

Tibanya satu ketika bagi sesetengah orang adalah apabila mereka tidak perlu lagi diuruskan. Mereka tahu tugas mereka, mereka faham nilai mereka sendiri, juga mereka tahu matlamat peribadi mereka sendiri adalah lebih bernas dari matlamat syarikat yang telah ditetapkan untuk mereka. Jika anda sudah sampai ke tahap ini, anda sudahpun berjaya kerana anda tahu anda berkuasa dan lebih mengenali diri anda sendiri.

      8. Anda menghargai kejayaan orang lain

Apabila anda secara jujurnya lebih menghargai kejayaan rakan sekumpulan, anda sendiri sebenarnya sudahpun berjaya. Kenapa? Kerana anda faham kejayaan mereka adalah kejayaan berkumpulan, jabatan dan syarikat. Ianya mungkin kedengaran seperti sesuatu yang mudah, tetapi perkara sebegini sebenarnya adalah suatu perkara yang susah untuk dipelajari oleh kebanyakkan dari kita.

      9. Anda kasih pada orang sekeliling

Jika anda gemar ke tempat kerja kerana anda kasihkan dengan rakan sekerja anda, anda sebenarnya sudah pun berjaya! Saya pasti terdapat ramai yang mengganggap rakan sekerja seperti keluarga sendiri. Anda prihatin sesama sendiri, mengambil berat dan tahu, biar apa pun yang akan terjadi pasa masa hadapan, orang-orang ini akan menjadi rakan seperjuangan anda sepanjang hayat.

Kejayaan boleh diklasifikasikan di dalam pelbagai maksud buat kita semua. Tetapi, jangan hanya bertanyakan soalan “Berjayakah aku?” kepada diri anda tetapi ubah kepada “Adakah aku betul-betul berpuas hati dengan apa yang aku ada sekarang, dan kemanakah arah tuju aku selepas ini?”

Anda lebih mengenali siapa anda dan kejayaan apa yang anda inginkan. Jadi, ayuh! Mulakan kayuhan anda sekarang!

Sekiranya anda menggemari artikel seperti ini, sila berikan feedback mahupun respon di ruangan komen di bawah. Terima kasih 🙂

Oleh: N.S Firdaus

Photo by :  Anton Fritsler

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *