Anda dah ada produk dan juga shop/online store anda sendiri. Jadi, apakah langkah seterusnya yang perlu anda buat?
Produk anda sudah dikenali, jadi, sekarang adalah masa yang terbaik untuk anda mulakan trafik penjualan dan langkah untuk menaikkan sales di online shop anda. Tidak kisahlah sama ada anda adalah pendatang baru ataupun lama di dalam industri perniagaan ini, proses pembelajaran dalam mempromosikan produk adalah perlu. . Jom saya kongsikan kepada anda beberapa langkah kreatif terbaik dalam mempromosikan produk.
1. Panduan Hadiah
Apa yang sering anda lakukan jika anda ingin mencari idea semasa membeli hadiah? Seperti kebanyakkan pengguna yang lain, mereka akan mula membuat carian di Google seperti “hadiah terbaik buat yang tersayang” atau “hadiah penghargaan kepada pekerja”. Kemudian, mereka akan mula skrol kesemua panduan hadiah yang pop up di search results tersebut.
Jadi, ada baiknya jika anda sendiri yang meletakkan produk anda di bahagian panduan hadiah tersebut kan? Dari situ, anda sudah boleh mula mencari senarai tertinggi yang menjadi pilihan pengguna dan mula menarik minat mereka. Fungsi seperti ini akan membawa kepada peratusan trafik yang tinggi kepada online shop anda.
Ingat. Anda perlu memberikan alasan kukuh mengapa anda perlu dipilih. Ceritakan sebab mengapa produk anda adalah yang terbaik mahupun unik (lain dari lain) untuk ditambahkan ke dalam senarai semasa tersebut.
2. E-mel Pemasaran
E-mel merupakan salah satu rancangan yamg terbaik dalam menarik pelanggan baru. Sementara fungsi search ingin memulakan trafik mereka, e-mel pemasaran pula boleh terus memulakan operasi. Oleh sebab itulah anda perlu menggunakan e-mel untuk mempromosikan kedai online anda.
Anda tidak perlu membuang masa dengan menulis dan menghantar e-mel. Tetapi, anda boleh memudahkan kerja anda dengan mewujudkan e-mel automatik yang direka khas untuk meningkatkan pendapatan anda. Terdapat beberapa pilihan yang boleh digunakan, antaranya :
- E-mel pelanggan baru anda dan tawarkan insentif membeli belah.
- E-mel pengunjung yang membuat pembelian separuh jalan dan ingatkan mereka untuk melengkapkan proses pembelian.
3. Pemasaran Perniagaan Melalui Sosial Media
Publisiti adalah satu cara terbaik dalam menarik pelanggan baru serta menarik minat mereka dengan produk anda. Bunyinya macam sedikit mustahil kan? Tapi, tidak mustahil sekiranya anda adalah seorang yang gemarkan sesuatu seperti publisiti. Bagi sesetengah wartawan mahupun penulis terkenal, mereka adalah golongan yang gemar menyuarakan pandangan melalui pelbagai cara. Tetapi, anda boleh membaiki keganjilan itu dengan menumpukan lebih perhatian kepada vlogger/instafamous.
Selain dari menghantar press release kepada mereka, anda juga boleh menghubungi mereka secara terus melalui e-mel peribadi dan bertanyakan mengenai sampel produk yang ingin dipromosikan.
Sebagai contoh, vlogger ataupun instafamous memainkan peranan yang agak penting dalam mempromosikan product review sejak kebelakangan ini. Jadi, anda juga turut boleh menggunakan perkhidmatan product review daripada mereka. Nyatakan keinginan anda sama ada anda inginkan product review tersebut dilakukan melalui post bertulis, video atau mana-mana yang bersesuaian.
Kata kuncinya di sini adalah, pengguna/pelanggan baru sangat mudah tertarik dengan product review yang dilakukan oleh vlogger mahupun sesiapa yang terkenal. Perasaan mereka untuk mencuba atau membeli adalah tinggi. Ini adalah mungkin disebabkan oleh populariti si penyampai atau daya penarik yang digunakan mereka semasa melakukan review.
Antara vlogger/instafamous yang terkenal adalah seperti (Instagram – chazynash ; faizdickievp). Atau ada di antara anda yang pernah menggunakan mana-mana khidmat review dari vlogger/instafamous terkenal? Mungkin anda boleh kongsikan dengan kami.
p/s : Psss… Sekiranya anda mempunyai kenalan selebriti, ada baiknya anda minta bantuan mereka. Confirm melonjak-lonjaklah sales anda!
4. Facebook Custom Audiences
Facebook sendiri sudah mempunyai berbillion pengguna dan sebagai platform pengiklanan yang terbaik, Facebook ada menawarkan beberapa pilihan dalam melakukan iklan berbayar. Facebook Custom Audiences adalah salah satu langkah terbaik dalam mempromosikan produk.
Dengan Facebook Custom Audiences, anda boleh mengiklankan produk anda secara terus kepada pelawat website mahupun pelanggan (melalui e-mel) anda. Kaedah ini dikatakan sebagai salah satu cara yang terbaik dalam mengenalpasti target anda dan juga memantau proses pengiklanan anda tersebut.
5. Facebook Shop Section
Anda boleh menaiktaraf langkah pemasaran anda dengan menambah fungsi Facebook Shop Section ke dalam Facebook page anda. Pilihan ini akan memudahkan pengguna Facebook untuk kenal dan beli produk anda.
Sekiranya anda mempunyai shop bersama Squarelet, anda boleh tambah Facebook Page anda sebagai salah satu saluran jualan. Anda boleh mengambil peluang ini untuk mewujudkan seksyen shop anda sendiri di laman Facebook anda. Di sini, pelanggan boleh belajar mengenai produk anda, melihat gambar-gambar, dan membuat pembelian.
6. Instagram
Instagram juga sudah mempunyai lebih dari 400 million pengguna aktif. Fokus visualnya adalah suata medium yang tepat dalam mempromosikan produk. Kajian menunjukkan, separuh daripada pengguna aktif Instagram akan mengakses aplikasi ini pada setiap hari. Setiap jenama yang diperkenalkan di medium ini akan memulangkan pulangan yang lumayan.
Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan melalui Instagram bagi mempromosikan kedai online anda. Anda boleh mula berkongsi imej berserta gambaran produk yang menarik, berkongsi video secara santai atau publisiti, mengadakan pertandingan, mahupun menggunakan khidmat pengguna Instagram terkenal seperti instafamous/vlogger (rujuk point 3).
7. Youtube
Selain Facebook dan Instagram, Youtube juga memainkan peranan yang sangat penting dalam mencari idea-idea baru. Bahkan, Youtube video juga boleh berfungsi seperti search engines di Google. Taip sahaja apa yang diingini dan ‘poofff’ semuanya ada untuk dirujuk.
Bezanya di sini, anda tidak perlu membuat video viral untuk mendapatkan pelanggan di Youtube. Anda masih boleh mempromosikan produk anda dengan memuatnaik beberapa video idea/tips/tutorial dan dari situ produk anda akan mula dikenali. Secara tidak langsung, pengguna akan mula mencari produk barangan anda di Youtube untuk ditonton. Dengan adanya siaran jenama anda sendiri berserta video-video yang menarik, anda sendiri sudah boleh mengawal naratif pengguna anda!
Setiap daripada produk anda tidak akan terjual dengan sendirinya. Tetapi, terdapat banyak langkah yang boleh anda gunakan untuk mempromosikan barangan tersebut. Jadi, ayuh! Pilih salah satu langkah yang anda gemari di atas dan mulakan kayuhan anda. Saya pasti ramai yang sedang berkejaran untuk menaikkan sales Hari Raya Aidilfitri anda dan saya kira masih belum terlambat sekiranya anda ingin mengaplikasikan tips-tips di atas. Jom kongsikan langkah kreatif yang menjadi pilihan anda dengan kami!
Sekiranya anda menggemari artikel seperti ini, sila berikan feedback mahupun respon di ruangan komen di bawah. Terima kasih 🙂
Oleh : N.S Firdaus
Photo by : Google