Seperti artikel saya yang lepas mengenai cara dalam mendapatkan followers Instagram dengan cepat, saya pasti ramai yang menggemari medium sosial media seperti Instagram sebagai platform penjualan mereka. Dan tahukah anda bahawa Instagram juga merupakan platfrom terbaik di dalam melaksanakan marketing campaign yang hebat?
Jom saya tunjukkan cara-caranya!
1. Pemilihan masa yang sesuai semasa pelancaran kempen
Jika diperhatikan dari kebanyakkan marketing campaign, pemilihan masa yang sesuai adalah segalanya. Elakkan dari melancarkan marketing campaign Instagram anda sehinggalah masa itu adalah sejajar dengan rancangan dan matlamat syarikat anda.
Jenama Apple memberikan contoh yang terbaik. Selama bertahun-tahun jenama ini tidak mempunyai sebarang akaun Instagram. Sehinggalah sebulan sebelum iPhone 8 dan Iphone X dilancarkan, Apple telah melancarkan marketing campaign Instagram secara besar-besaran sehingga membawa kepada ratusan ribu followers hanya dalam masa satu jam.
Jadi, cuba set masa pelancaran anda dengan kemahiran yang sama bagi membina marketing campaign yang paling berjaya.
2. Kenal pasti sasaran pengguna dalam memahami tabiat Instagram mereka
Memahami pelanggan anda adalah penting dalam membangunkan produk serta perkhidmatan yang baik, dan ianya adalah sama penting dengan penaikkan marketing campaign Instagram secara cemerlang.
Semasa proses pelaksanaan kempen, pastikan anda kenal pasti sasaran pengguna anda dengan sebaiknya dan fahami tabiat mereka dalam mengggunakan Instagram. Dengan adanya informasi ini, anda pasti dapat membangunkan strategi kempen yang memenuhi jangkaan mereka.
3. Menguji jenis kandungan yang berbeza untuk mengoptimumkan kempen
Walaupun sasaran pengguna sudah dikenal pasti, anda masih perlu memilih format kandungan (Insta-Story, Live Video, dll.) Instagram yang terbaik. Langkah yang terbaik adalah dengan mencuba setiap format dan hanya memilih satu yang terbaik.
Berbeza dengan sosial media yang lain, Instagram menawarkan pelbagai format yang terbaik buat penggunanya. Antara yang terbaru adalah Instagram Stories, di mana fenomena ini telah menjadi pilihan daripada majoriti ; dan telah digunapakai oleh 250 juta pengguna. Malah, Instagram Live Video juga turut terbukti berkesan terutamanya di kalangan generasi muda.
4. Wujudkan strategi komunikasi silang untuk memaksimumkan keberkesanan
Menurut kajian yang dijumpai, terdapat lebih kurang 72% daripada pengguna menggemari interaksi melalui pelbagai saluran kempen. Ini menunjukkan, kempen Instagram berserta saluran sokongan yang lain perlu diselarikan oleh anda sebagai penjual.
Sebagai penjual yang ingin membangunkan kempen Instagram yang berkesan, anda perlu mengambil kira beberapa saluran seperti e-mel, paparan iklan, e-mel secara terus dan Live Video ke dalam strategi bagi menarik sasaran penonton.
5. Mencari inspirasi daripada pelbagai Content Creator
Kandungan yang menakjubkan, imej, video, Live Video atau Insta-Story, adalah bebenang yang sering digunakan di kalangan semua kempen Instagram terbaik berbayar. Untuk mencari inspirasi pada marketing campaign ini, anda boleh rujuk pada profil Instagram jenama terkenal dan berpengaruh serta jurugambar dan cinematographer yang terkenal.
Setiap kempen yang dijalankan pastinya akan membuahkan hasil yang terbaik. Fahami dan kenal pasti cara yang digunakan oleh jenama terkenal. Tidak salah untuk anda bertanya dan ikuti langkah seperti mereka. Tetapi janganlah ditiru setiap satu darinya, malah anda boleh pelbagaikan idea tersebut dengan cara tersendiri.
Marketing melalui Instagram adalah seperti art mahupun sains. Sama seperti eskperimen, anda perlu berterusan mencuba sehingga anda menjumpai jalan yang sesuai. Ayuh! Mula dan aturkan strategi anda sekarang!
Sekiranya anda menggemari artikel seperti ini, sila berikan feedback mahupun respon di ruangan komen di bawah. Terima kasih 🙂
Oleh : N.S Firdaus
Photo by : Philipp Dornbierer