Ramai yang sedia maklum bahawa, Instagram juga merupakan salah satu medium terpenting dalam perniagaan online. Instagram boleh dikatakan sebagai medium pasaran yang tertinggi yang melibatkan pengiklanan berimej mahupun video.
Tahukah anda bahawa terdapat 5 taktik yang perlu anda kuasai melalu perniagaan di Instagram ?
1. Penggunaan filters gambar yang bersesuaian
Sebenarnya, ramai yang ambil mudah mengenai filters semasa mengedit gambar di Instagram. Hal ini adalah kerana mereka beranggapan bahawa filters adalah sekadar filter yang hanya menaikkan kombinasi warna sesuatu produk. Jika itu yang difikirkan, maka, ianya adalah salah, kerana filter di sesebuah gambar memberikan impak yang sangat besar terutamanya filters-filters tertentu. Terdapat beberapa filters di Instagram yang diminati oleh majoriti penggunanya seperti X-Pro II, Hudson, Valencia, Juno, Ludwig, Lo-fi dan lain-lain.
Selain daripada filters Instagram, terdapat juga beberapa applikasi filters lain yang boleh digunakan seperti VSCO, Snapseed, Lightroom CC, PS Express dll.
2. Penggunaan #hashtag yang betul
#Hashtag juga sangat memainkan peranan yang tinggi di dalam sesuatu post di Instagram mahupun Instagram story. Rata-rata pengguna tahu dan sangat gemar menggunakan #hashtag di keterangan (caption) gambar mereka. Tetapi kebanyakan daripada mereka tidak tahu bila dan di mana penggunaan #hashtag tersebut boleh digunakan. Fungsi sebenar #hashtag ini adalah untuk memudahkan orang ramai untuk mencari barangan yang dikehendaki. Pencarian yang dimaksudkan adalah pencarian yang dilakukan secara rawak.
Sekiranya penggunaan #hashtag yang digunakan adalah seiring dengan kategori gambar, post mahupun gambar anda akan mudah untuk ditemui serta menarik minat beberapa pengguna baru lain.
Antara #hashtag teratas yang popular adalah #love, #fashion #food, #beautiful dll.
Selain dari itu, untuk menaikkan serta memudahkan lagi kenaikan followers baru, anda boleh mengaplikasikan beberapa tips ini. Sebagai contoh, produk yang ingin dipost adalah pakaian wanita.
- Penggunaan hashtag jenama anda sendiri. Contoh : #namabrandanda #fesyenlelaki #pakaianlelaki
- Penggunaan hashtag kategori produk. Contoh : #kemeja #kemejakotton # kemejaterbaru
- Penggunaan hashtag lokasi anda. Contoh : #Selangor #Malaysia #FesyenMalaysia
p/s : Penggunaan hashtag di dalam Bahasa inggeris juga boleh digunakan. Serta pastikan akaun Instagram anda adalah public.
3. Pos pada waktu yang sesuai
Selain daripada filters dan #hashtag, waktu mengepos gambar juga turut memainkan peranan penting. Waktu terbaik pada hari bekerja adalah di antara jam 12pm-2pm dan 4pm ke bawah. Manakala waktu terbaik pada hujung minggu adalah di antara 10am-12pm dan 6pm-8pm.
Rata-rata pengguna akaun bisnes boleh mendapatkan penjelasan secara terperinci mengenai pengikut dari Instagram Analytic secara percuma di bahagian Followers section.
4. Curi followers pesaing anda
Cara yang terbaik untuk anda mencari pengikut baru adalah dengan mencari mereka pada akaun Instagram pesaing terdekat dengan menarik perhatian mereka. 3 cara ini sudah pasti akan menarik perhatian serta minat mereka terhadap anda seperti :
- Follow pengikut baru
- Like gambar mereka
- Komen gambar mereka
3 cara mudah ini sudah pasti akan memberikan keputusan yang lumayan terutamanya pengikut berserta peminat baru. Semakin banyak usaha yang dilakukan, semakin besar impak yang diperoleh.
5. Pemberian giveaway secara percuma
Satu cara terbaik di dalam memperoleh komen yang baik di sosial media adalah melalui komen di mana seorang pengguna tag seorang rakan yang lain. Cara ini bukan sahaja memberikan impak yang lumayan terhadap post anda, malah anda akan memperoleh pengikut-pengikut baru.
Sebagai contoh, anda mengadakan giveaway di akaun Instagram anda dengan memberikan beberapa syarat mudah seperti mereka perlu tag beberapa rakan mereka di post tersebut dan rakan mereka itu perlu follow akaun anda kembali jika ingin memenangi giveaway tersebut. Maka, secara tidak sengaja, anda akan memperoleh pengikut baru dan followers anda akan bertambah. Akaun anda juga akan mula dikenali!
Sekiranya anda menggemari artikel seperti ini, sila berikan feedback mahupun respon di ruangan komen di bawah. Terima kasih 🙂
Oleh : N.S Firdaus
Photo by : worldbests