3 Cara Mudah Untuk Menulis Deskripsi Produk yang Laku Laris

 

Menulis deskripsi sesuatu produk mungkin nampak macam mudah. Tetapi, tahukah anda penulis profesional juga kadang kala berpotensi dalam melakukan kesalahan di dalam mendeskripsikan sesuatu produk?

Kenapa ianya salah? Ini adalah kerana deskripsi bagi sesuatu produk adalah untuk ‘menjual’ atau melaku lariskan produk tersebut bukannya penerangan mengenai produk semata-mata.

Jom kita lihat beberapa cara mudah dalam menarik minat pelanggan anda dengan penerangan produk yang gempak.

  1. Fokus pada pelanggan ideal anda

Apabila anda menulis deskripsi produk tanpa fokus pada target pelanggan yang sepatutnya, deskripsi sesuatu produk akan menjadi terlalu umum dan anda berpotensi untuk tidak memfokuskan kepada sesiapa pada akhirnya.

Produk deskripsi yang terbaik adalah dengan memfokuskan pada pelanggan ideal anda secara terus dan peribadi. Kenali dahulu siapa pelanggan anda. Deskripsi yang dibuat haruslah seperti anda sedang bersoal jawab dengan mereka. Gunakan bahasa yang sering digunakan oleh pelanggan seperti ‘Puan/Tuan’, ‘awak’, ‘you’, ‘sis’, atau mana-mana yang bersesuaian.

Apabila anda ingin mula menulis mengenai sesuatu deskripsi produk, bayangkan target pelanggan ideal anda itu. Jenis gurauan yang sering digunakan (jika ada)? Apakah jenis ayat/perkataan pilihan dalam perbualan harian mereka? Adakah mereka lebih ke arah perbualan santai harian ataupun perbualan secara formal?

Pendek kata, deskripsi yang ditulis adalah sepertimana anda sedang mendekati atau mengenali peribadi pelanggan anda secara bersemuka. Jadi, apa tunggu lagi? Anda boleh mula mengaplikasikan perbualan yang sebegini dengan pelanggan anda.

  2. Nyatakan faedah yang akan diperoleh

Ramai yang beranggapan, apabila kita menjual sesuatu produk, kita akan mula berasa teruja untuk menerangkan mengenai ciri-ciri dan spefikasi barangan/produk tersebut. Ini adalah kerana, kita bekerja untuk syarikat, website dan produk itu.

Tetapi, pelanggan potensi kita sebenarnya tidak berminat dengan informasi-informasi tersebut. Apa yang mereka mahukan adalah apa yang ada dalam produk tersebut buat mereka. Apa kelebihan atau keuntungan yang akan mereka dapat. Informasi atau keuntungan yang lain daripada yang lain.

Sebagai contoh, jika produk yang dijual adalah minuman isotonik. Jangan hanya fokuskan kepada ingredient atau kebaikan produk tersebut. Anda boleh menaikkan keinginan mereka untuk membeli dengan menyatakan kelebihan yang akan diperoleh jika diamalkan pada waktu-waktu tertentu seperti bulan Ramadhan. Contohnya, anda boleh menggunakan ayat seperti :

“Pilihlah 200plus untuk kembali hidratkan badan selepas seharian berpuasa”

Pertimbangkan faedah yang akan diperoleh dari setiap ciri produk anda tersebut. Bagaimanakah produk tersebut membuat pelanggan anda merasa lebih ceria, sihat, atau lebih produktif?

Jangan hanya menjual produk, tetapi jual pengalaman anda bersama produk tersebut.

3. Selami imaginasi pembaca

Pakar saintifik membuktikan jika seseorang memegang sesuatu produk secara terus, keinginan mereka untuk memiliki adalah tinggi.

Tetapi, sekiranya anda menjual secara online, pelanggan anda sudah semestinya tidak dapat memegang produk tersebut. Ya benar, gambar berserta video yang jelas sememangnya dapat membantu, tetapi helah di dalam sesuatu penulisan deskripsi produk juga adalah perlu : biarkan pelanggan anda membayangkan keinginan mereka untuk memiliki produk tersebut.

Untuk memahirkan diri dengan teknik penulisan yang sebegini, mulakan ayat anda dengan perkataan “Bayangkan”, dan akhiri ayat (atau perenggan) dengan menyatakan perasaan pembaca atau pelanggan apabila memiliki dan menggunakan produk tersebut.

Akhir kata, menulis itu mudah. Apa yang anda perlukan adalah sedikit imaginasi dan kreativiti semasa mengarang. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada semua. Ayuh praktikkan langkah-langkah ini sekarang. Masa tidak menunggu kita, kita yang harus mengejarnya. Jom!

Sekiranya anda menggemari artikel seperti ini, sila berikan feedback mahupun respon di ruangan komen di bawah. Terima kasih 🙂

Oleh : N.S Firdaus

Photo by : Ed Gregory

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *