Strategi Pemasaran Tanpa Modal Yang Besar

 

 

 

 

 

Bila dah mula berniaga, anda perlukan banyak idea untuk dirancang. Salah satu strategi utama di dalam sesebuah perniagaan adalah strategi pemasaran. Strategi pemasaran adalah suatu proses di mana perancangan akan dibuat dari masa ke semasa dari segi penglibatan produk, harga, promosi dan kaedah pengedaran yang digunakan. Kesemua ini adalah bertujuan untuk mencapai objektif dan matlamat organisasi. Pemasaran tidak semestinya memerlukan kaedah yang banyak. Apa yang penting adalah kaedah dan pemasaran yang efektif.

   1) Platform Media Sosial

Facebook, Instagram, Twitter merupakan kaedah media sosial yang terbaik untuk pemasaran. Kewujudan media sosial ini adalah jalan terbaik yang seharusnya dimanfaatkan oleh para usahawan. Langkah pertama adalah dengan menjalinkan hubungan yang utuh dan kukuh di antara pelanggan dan perniagaan.

Perhubungan antara pelanggan dan perniagaan ini dikenali sebagai “engagement”. Kepentingan engagement ini adalah untuk melihat interaksi pelanggan terhadap perniagaan anda di dalam sosial media. Ini adalah kerana merekalah penyumbang utama kepada perniagaan anda. Ingat, media sosial bukan sahaja digunakan sebagai sebuah medium interaksi sahaja malah ianya boleh juag digunakan sebagai satu medium jualan yang sukses jika digunakan dengan betul.

   2) Pengukuhan Jenama

Syarikat atau jenama yang stabil tidak perlu melakukan pemasaran yang besar-besaran tetapi boleh dilakukan dalam skala kecil tanpa modal yang besar. Bila sudah ada nama yang besar dan produk yang terkenal, maka tidak susah untuk melakukan pemasaran. Jikalau jenama anda sudah kukuh dan terkenal, pemasaran secara besar-besaran adalah tidak wajib tetapi tidak salah untuk melakukannya.

   3) Menjaga “Networking”

Perhubungan dengan pelanggan wajiblah dijaga. Mencari pelanggan baru adalah perlu, tetapi, pelanggan lama jangan diabaikan. Kekalkan dan tatang mereka dengan sebaiknya.

Cara untuk mengekalkan networking ini adalah dengan kerap melakukan follow up dengan pelanggan-pelanggan anda. Ketahui maklum balas mereka mengenai pengalaman mereka sepanjang menggunakan produk anda. Dari situ, dengan setiap maklum balas yang diperoleh, anda boleh melakukakan penambahbaikan yang sepatutnya. Selain itu, jika perhubungan networking terjaga, lebih mudah untuk anda melancarkan produk baharu atau yang berkaitan kepada mereka. Pelanggan tetap atau setia sudah pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk mendapatkan produk atau servis anda.

   4) Search Engine Operation (SEO)

SEO adalah suatu enjin carian teknik pemasaran yang terbaik. Lumrah sekiranya di dalam sesuatu perniagaan, anda mempunyai saingan mahupun usahawan yang menjual produk serta menawarkan servis yang sama, maka anda perlulah melakukan kelainan. Cara yang terbaik adalah dengan meletakkan laman web anda di carian yang tertinggi dan teratas.

Untuk mencapai matlamat tersebut, gunakan kata kunci atau keyword search yang unik agar mudah untuk website anda terletak di carian nombor satu. Dengan adanya SEO teratas ini, mudahlah untuk proses pemasaran anda berlangsung kerana produk anda kini akan lebih mudah untuk dijangkau oleh pelanggan.

Di dalam bisnes, tidak boleh ada alasan. Anda perlu mencari jalan untuk mengembangkan dan memajukan perniagaan yang telah dibina. Modal kecil tidak bermaksud anda tidak boleh melakukan sebarang perancangan di bahagian pemasaran. Buat ikut kemampuan anda! Anda pasti boleh!

Sekiranya anda menggemari artikel seperti ini, sila berikan feedback mahupun respon di ruangan komen di bawah. Terima kasih 🙂

Oleh: N.S Firdaus

Photo by : Alekh Verma

Psikologi Warna Di Dalam E-commerce

Apakah warna kegemaran anda? Anda boleh mengenali seseorang melalui warna kegemarannya – dan anda juga boleh mengenali sesebuah online store melalui penggunaan warna mereka. Kebanyakkan daripada peniaga online tidak tahu bahawa penggunaan warna di website mereka sangat mempengaruhi mood pelanggan. Kombinasi warna yang menarik dapat dibezakan di antara pelanggan setia dan pelanggan yang berkunjung hanya pada satu-satu masa.

Menurut kajian, lebih daripada 92% orang menyatakan bahawa warna memainkan peranan yang penting semasa membeli sesuatu barangan. Percaya atau tidak, seramai 6% menyatakan mereka menggunakan daya sentuhan sebagai fungsi utama, manakala deria bau atau dengar hanya merangkumi 1% – kecuali jika mereka sememangnya ingin membeli bauan atau apa-apa yang berkaitan dengan muzik.

Berikut adalah ilmu yang perlu anda pelajari mengenai warna and kesannya terhadap pelanggan online shop anda:

     1) Putih

Putih memancarkan kesucian, kesegaran, dan kejelasan, dan ia adalah sangat penting untuk kebanyakkan laman web. Sentiasa memasukkan ruang putih yang kosong di sekitar kandungan anda supaya pelanggan tidak merasa terlampau terkurung. Berikut adalah shop theme percuma di dalam Squarelet Shop Theme – dikenali sebagai Winter SnowBe CuteZa WhitePlain WhiteTruly Simple (light) dan Truly Simple (dark).

     2) Coklat/Brown

Warna coklat atau brown adalah suatu warna yang kukuh dan sangat mudah menarik perhatian pembeli. Ianya akan memberikan aura keyakinan dan sekiranya digunakan dengan betul, akan membawa kepada pelanggan yang berpotensi. Berikut adalah shop theme percuma di dalam Squarelet Shop Theme – dikenali sebagai YummyBrown (sesuai untuk produk makanan) dan Dark Shellac.

  3) Jingga

Warna jingga melambangkan cita-cita dan semangat kehangatan bertenaga. Ia juga melambangkan semangat, keaslian dan permulaan yang baru. Warna jingga yang dipadankan dengan warna biru lembut boleh mengeluarkan vibe yang positif dan menarik.

 4) Kuning

Kuning adalah suatu warna yang ceria dan meriah di mana ianya dapat menarik perhatian pelanggan. Walau bagaimanapun, ianya haruslah digunakan secara memadai kerana penggunaan warna kuning yang berlebihan akan mendorong ke arah pengelakkan pelanggan.

    5) Hijau

Hijau membawa kepada keaslian dan aura organik, di mana ianya dikategorikan sebagai sesuatu yang menyejukkan mata. Apabila pembeli melihat kehijauan, mereka akan serta merta mengaitkan kepada sesuatu yang positif, ketenangan, keselamatan dan harmoni.  Berikut adalah shop theme percuma di dalam Squarelet Shop Theme – dikenali sebagai Responsive Nature Green dan Clean Turqoise.

   6) Merah Jambu

Warna merah jambu seringkali dilabelkan sebagai sesuatu yang feminin, di mana ia boleh menarik perhatian lelaki dan juga memancarkan kebaikkan, cinta, dan kasih sayang. Merah jambu mempunyai kesan yang menenangkan supaya ia boleh digunakan untuk mengimbangi warna yang lebih agresif seperti hitam, jingga dan merah.  Berikut adalah shop theme percuma di dalam Squarelet Shop Theme – dikenali sebagai Meihua.

 7) Merah

Merah mendorong kepada penghayatan, paling primitif, serta emosi pembeli. Memandangakan merah biasanya dikaitkan dengan kasih sayang, kehidupan, dan keyakinan, ia boleh menukar potential customer menjadi pelanggan sepanjang hayat jika digunakan dengan betul. Tetapi anda haruslah berhati-hati kerana penggunaan warna merah yang terlalu banyak pada sesuatu halaman web boleh membawa kepada visualasi yang terlampau.

    8) Ungu

Ungu juga dikaitkan dengan royalti, kuasa dan kemewahan. Penggunaan bijak warna ini boleh membantu pelanggan di dalam membuat pembelian yang positif.  Berikut adalah shop theme percuma di dalam Squarelet Shop Theme – dikenali sebagai Powerful Purple dan Purple Fun.

 9) Biru

Biru melambangkan perasaan kepercayaan, keamanan, dan produktiviti. Walaupun biru adalah salah satu warna yang paling biasa di web, ia harus dielakkan jika laman web anda terlibat dengan industri hospitaliti, terutamanya restoran kerana warna biru dikatakan untuk mengurangkan selera makan. Berikut adalah shop theme percuma di dalam Squarelet Shop Theme – dikenali sebagai Calm Blue Sea.

 10) Kelabu

Kelabu biasanya disambungkan dengan kesungguhan dan pemikiran konservatif. Warna kelabu yang tepat boleh berfungsi sebagai latar belakang yang hebat untuk warna-warna lain seperti oren, merah, dan biru diraja.

  11) Hitam

Hitam dikaitkan dengan kekuatan, kuasa, dan penguasaan. Apabila digunakan dalam e-dagang, ia menghantar mesej yang yakin kepada bakal pelanggan. Penggunaan yang berlebihan boleh mengeluarkan suasana yang hambar dan suram, jadi ia perlu digunakan secara sederhana, bersama-sama dengan warna-warna tenang yang lain. Berikut adalah shop theme percuma di dalam Squarelet Shop Theme – dikenali sebagai Tangy Highlight dan Strong Bassalt.

Kesimpulannya, warna memainkan peranan yang penting di dalam setting shop anda. Jadi, buatlah pemilihan warna yang bijak dan bersesuaian dengan produk atau bisness anda.

Sekiranya anda menggemari artikel seperti ini, sila berikan feedback mahupun respon di ruangan komen di bawah. Terima kasih 🙂

Oleh: N.S Firdaus

Photo by : pxhere

10 Nasihat Untuk Terus Maju di dalam Perniagaan

       

 

 

 

       1) Fokus

Ramai yang gagal di dalam perniagaan disebabkan kurang daya fokus. Malah, mereka-mereka ini mempunyai terlampau banyak idea yang kreatif dan fresh, tetapi gagal kerana tidak fokus. Tetapkan satu bisnes yang anda betul-betul inginkan kemudian berikan fokus semaksima mungkin untuk bisnes tersebut.

       2) Fokus kepada bisnes sendiri

Fokus dengan apa yang dibuat itu betul. Tetapi pastikan anda letakkan extra fokus kepada bisnes sendiri. Usah menyibuk atau membuang masa dengan mengkritik bisnes orang lain. Orang lain mungkin salah, tapi tidak bermaksud kita punya betul. Ingat tu!

       3) Jangan mudah mengalah dan putus semangat

Naik turun kegagalan di dalam sesuatu perniagaan itu lumrah. Jangan terlampu mengikut emosi dan perasaan sekiranya anda gagal. Jangan putus semangat. Dalam bisnes, lumrah sekiranya kadang kita di atas dan kadang kita di bawah. Itulah yang dinamakan sebagai pasang surut bisnes.

       4) Terus belajar dan belajar

Belajar dan terus menimba ilmu sebanyak mungkin. Anda boleh pilih untuk belajar dengan sesiapa pun. Tidak kisahla, sifu atau belajar di kelas-kelas pemasaran. Tapi akhirnya, anda yang perlu membuat keputusan sendiri. Seorang usahawan mempunyai hak untuk berbuat apa sahaja keputusan yang terbaik. Tetapi biarlah yang relevan dan membuahkan hasil.

       5) Tunjukkan hasil terbaik anda

Lumrah kiranya orang akan mengatakan yang bukan-bukan mengenai usaha anda. Ada yang mungkin setuju, ada yang mungkin tidak. Adalah baik kiranya anda tidak menghiraukan suara-suara sumbang tersebut dan teruskan mengorak langkah ke hadapan. Tunjukkan mereka hasil kejayaan anda.

       6) Berhenti menyalahkan orang lain

Orang berjaya akan menunjukkan hasil. Orang yang gagal akan berterusan memberikan alasan. Berhati-hatilah.

       7) Fokus dengan mencari penyelesaian

Tiap bisnes ada permasalahannya tersendiri. Ada yang suka mencabar, ada yang sengaja ingin menguji. Macam-macam boleh terjadi. Apa pun, jangan asyik fokus kepada permasalahan anda, tetapi carilah penyelesaian. Di penghujung terowong yang gelap, pasti ada cahaya bukan?

       8) Usah bergantung pada pertolongan orang lain

Anda usahawan, anda seharusnya berusaha sendiri. Usahawan tidak boleh ada minda seperti peminta sedekah. Itu bukan caranya.

       9) Jangan berhenti belajar

Belajarlah dari sesiapa pun kerana ilmu itu luas. Jangan pilih bulu untuk belajar kerana lain orang lain pendapat dan kebijaksanaannya. Kadang kala orang di bawah kita pun punya banyak ilmunya. Jangan segan untuk bertanya dan menerima pendapat mereka. Ingat! Jangan asyik merasa diri itu sudah cukup pandai, kerana ketika itulah kita akan mula menempah kegagalan. Hati-hati.

       10) Buat, buat dan buat!

Jika timbulnya sesuatu idea yang bagus, terus buat! Jangan amalkan sikap menangguh. Nak berjaya, kena buat! Banyak bisnes besar bermula secara kecil-kecilan. Sebab apa? Sebab mereka buat, buat dan buat!

Untuk mencapai sesuatu kejayaan bukanlah susah tetapi tidaklah juga senang. Mahu atau tidak, anda perlu berusaha untuk mencapainya!

Sekiranya anda menggemari artikel seperti ini, sila berikan feedback mahupun respon di ruangan komen di bawah. Terima kasih 🙂

Oleh: N.S Firdaus

Photo by : Justin E. Crawford

Jom Pancing Pelanggan ke Online Website Anda dengan 6 Cara Mudah Ini!

Memiliki website itu adalah kewajipan buat hampir keseluruhan peniaga online di serata dunia dan ianya adalah suatu medium yang betul untuk perkembangan bisnes.

Website yang menarik adalah suatu website yang berjaya menarik minat pengunjung dengan kandungan berserta interface yang menarik. Tetapi terdapat juga beberapa pemilik produk yang gagal dalam memperoleh hasil pengunjung yang ramai dan membiarkannya sepi tanpa sebarang update. Anda boleh menggunakan cara-cara di bawah untuk menarik pelanggan ke website anda.

      1) Penggunaan “Paid/Boost Ads”

Jangan kedekut atau berkira dalam mengiklankan servis/produk anda. Pencarian pelanggan itu perlu, tetapi tidak salah sekiranya anda melaburkan sedikit wang untuk iklan berbayar. Anda boleh mulakan dengan Google Adwords di mana cara ini adalah lebih pantas kerana Google akan membantu meletakkan ‘ranking’ berbayar anda di carian teratas dan di serata tempat.

Secara tidak langsung, orang ramai akan dapat melihat website anda di mana-mana sahaja. Kemunculan yang kerap mungkin akan menarik minat pelanggan ke website anda secara psikologinya. Jangan lupa untuk track rekod trafik pengunjung anda.

      2) Perkukuhkan kemahiran emel marketing

Tahukah anda bahawa penyebaran artikel melalui emel marketing adalah lebih mudah? Tidak ramai yang menggunakan kaedah ini kerana beranggapan mereka harus menulis dan menghantar ke setiap alamat. Cara ini adalah kurang efektif.

Emel marketing adalah berunsur automatik di mana setiap respon anda kepada pembaca adalah auto, seolah-olah anda yang membalas. Padahal semuanya telah disetkan secara automatik tanpa had. Makanya, anda akan mempunyai lebih banyak masa terluang untuk diri sendiri tanpa perlu membuang lebih banyak masa untuk melayan satu persatu.

Pembaca yang berminat sudah pasti akan terus klik tautan ke website anda. Senang kan?

      3) Penulisan artikel yang bagus serta perkongsian tips yang menarik

Ramai yang gemar membaca. Tambahan lagi jika yang berkaitan dengan tips-tips dan petua. Jadi, amatlah penting sekiranya anda memulakan penulisan artikel anda sekarang. Mulakan dengan mengenali sasaran audience anda berserta artikel yang sesuai. Jangan hanya post atau marketkan produk atau servis anda sahaja kerana pelanggan akan mudah bosan dan akan mula hilang minat untuk mengunjungi website anda.

Sekiranya artikel anda mula tular dan menjadi perhatian netizen di laman sosial, ini bermaksud artikel anda memberikan feedback yang positif dan secara tidak langsung ia dapat mempengaruhi trafik pengunjung ke website anda.

      4) Viralkan benda-benda menarik

Apa-apa yang viral sememangnya sangat menarik perhatian ramai orang pada zaman ini. Kaedah viral ini kian trending di media sosial. Jadi, anda seharusnya mengambil peluang ini untuk mengembangkan serta menggunakan bisnes anda dengan sepenuhnya terutamanya Facebook.

Lakukan sesuatu post seperti ‘like, share dan giveaway’ secara imej atau visual. Tapi pastikan anda lakukan sesuatu yang menarik seperti idea-idea baru serta lain dari yang lain.

Cara ini tidak memerlukan kos yang tinggi di samping kaedahnya yang simple. Pasti ramai yang akan berkunjung ke website anda.

      5) Penggunaan “Headline Copywriting” yang menarik

Pancing dan tarik perhatian pembaca melalui 10 patah perkataan pertama copywriting anda. Pastikan headline anda adalah sesuatu yang menarik dan catchy. Jika anda berjaya mengolah ayat yang berjaya menarik perhatian mereka untuk terus membaca, anda berjaya!

Cara yang paling mudah untuk menarik perasaan ingin tahu pembaca adalah melalui ayat copywriting yang bagus. Gunakan ayat yang membuatkan mereka tertanya-tanya. Contohnya, anda boleh mengarang satu situasi ringkas yang sering terjadi dengan isu semasa, kemudian gunakan penggunaan ayat yang mendorong ke arah jalan penyelesaian.

Tetapi pastikan ianya bersesuaian dengan tawaran anda. Jika website anda menjual produk kecantikan, pastikan copywriting berkaitan dengan produk tersebut. Tetapi ingat, jangan terlalu menjanjikan perkara yang mustahil di dalam penulisan.

       6) Daftarkan website Webmaster Tools

Webmasters tools berfungsi dalam membantu anda mendaftar di Google di mana secara automatiknya ia akan berinteraksi di carian ‘browser’ dengan menggunakan ‘internet provider’.

Anda hanya perlu klik di sini dan satu kod akan dikeluarkan dan perlu disalin ke menu SEO di dashboard website anda.

Kebaikkan fungsi ini adalah ianya akan memudahkan carian untuk pengunjung dalam mencari sesuatu di kotak browserGoogle akan menyenaraikan carian yang berkaitan serta menepati kategori yang diinginkan mengikut halaman.

Jika anda sudah melakukan cara ini, anda tidak perlu risau lagi kerana anda sudahpun berada di landasan yang betul. Pengunjung akan pastinya mencari anda dengan sendiri!

Mudah kan? Ayuh mulakan strategi anda sekarang!

Sekiranya anda menggemari artikel seperti ini, sila berikan feedback mahupun respon di ruangan komen di bawah. Terima kasih 🙂

Oleh: N.S Firdaus

Photo by :  navigore

Nak Berjaya? Elakkan 5 Perkara Di Bawah

Semua orang mesti nak berjaya bukan? Tapi kadangkala sikap atau perasaan malas pasti akan sesekali hinggap ke dalam diri. Malah ada yang akan mula kurang memberikan tumpuan, pasif, lalu perjalanan bisnes pun semakin menurun. Di antara punca atau sebab berlakunya perkara yang sedemikian adalah disebabkan oleh 5 perkara di bawah ini.

5 perkara melalaikan atau ‘melaghokan’ di bawah inilah yang menjadi punca kepada kegagalan bisnes anda. Perkara-perkara yang sering kita lakukan sama ada secara kita sedar atau tidak.

      1) Menghabiskan terlalu banyak masa di Internet

Haaa! Ini memang tidak dapat dinafikan. Surrounding kita sudah semestinya akan dikelilingi dengan teknologi seperti telefon bimbit, komputer dan lain-lain. Tambahan pula kalau perniagaan kita adalah di dalam bentuk atas talian, memang wajib lah akan dikelilingi dengan gadget betul?

Pernah tak anda menghadapi situasi bilamana tengah asyik buat kerja, tiba-tiba anda terasa macam “Eh, bukak Facebook la kejap. Tengok apa yang ada”. Dari sekejap, rupa-rupanya hampir sejam masa dihabiskan di Facebook sahaja. Oh no! Macam mana dengan kerja tadi? Siap ke tidak? Nampak tak betapa gagalnya kita dalam menahan nafsu untuk menyemak Facebook dan seangkatan dengannya?

Berkongsi tips bisnes dan upate produk jualan di media sosial itu betul, tambahan pula kepada mereka yang baru nak memulakan bisnes. Buat sikit, update Facebook, kerja sikit, update sini update sana. Terlampau asyik update di media sosial sampaikan anda mungkin akan kehilangan tumpuan di dalam bisnes tau!

Penyakit ini dikatakan agak sukar dibendung kerana ramai usahawan beranggapan media sosial mempunyai tumpuan serta pengaruh yang kuat terhadap produk mereka. Tetapi harus diingatkan, terlampau banyak masa yang dibuang untuk laman sosial sehinggakan urusan lain terabai akan mengabitkan kepada kejatuhan di dalam perniagaan anda. Maka, berhati-hati lah tau.

      2) Kurang berhemah dalam melayani pelanggan

Pelanggan adalah tunjang kepada perniagaan anda. Tanpa mereka, perniagaan anda mungkin tidak akan berjaya sehingga tahap sekarang. Gagal melayani pelanggan dan melayani mereka dengan layanan yang buruk akan menjejaskan perniagaan anda. Berlagak seperti seorang yang sombong tapi ada hati nak berniaga, itu bukan caranya!

Terdapat cara untuk anda mengenali pelanggan. Ianya dikenali sebagai sentuhan peribadi.

Sebagai contoh, produk atau servis anda berkemungkinan sama kategorinya macam orang lain, tetapi anda tidak tahu cara bagaimana untuk membezakannya. Jadi bezakan ia dengan layanan istimewa daripada pihak anda agar pelanggan balik tidur pun tak lena. Mereka akan rasa terngiang-ngiang dan teringat dengan layanan anda itu.

Tapi ingat! Jangan sesekali tunjukkan emosi kurang stabil anda kepada mereka semasa urusan jual beli kerana ianya akan memberikan kesan yang negatif kepada pelanggan. Sembunyikan ketidakselesaan emosi anda dan sudah pastinya lebih ramai pelanggan akan cuba mendekati.

      3) Mengelak Daripada Menghadapi Cabaran

Cabaran di dalam sesuatu perniagaan itu lumrah. Sama ada anda mahu tahu atau tidak, anda masih perlu menghadapinya. Hadapi situasi tersebut walau sukar sekalipun. Dengan cara ini, ia dapat ditangani dengan segera dan tanpa bertangguh. Bayangkan jika situasi anda itu ditangguh, masalah tersebut tidak akan selesai malah berlarutan. Secara tidak langsung, tumpuan pada bisnes pun akan terjejas.

Jangan mengelak sesuatu cabaran, tetapi hadapi dengan yakin. Belajar untuk menerima pandangan atau menuntut ilmu dari yang pakar.

       4) Menjawab e-mel dengan serta merta

Hampir lebih dari 90% perniagaan di dunia sekarang menggunakan medium Whatsapp, e-mel atau lain-lain medium untuk berurusan. Medium ini memudahkan urusan jual beli berserta butiran yang disampaikan adalah dalam bentuk hitam putih dan meyakinkan.

Kelemahan medium-medium ini adalah, pesanan atau apa-apa sahaja yang berkaitan akan tiba dengan serta merta. Tiba-tiba ada sahaja notifikasi yang akan berbunyi, tanda kepada pesanan yang baru masuk. Apabila dah berbunyi, kita akan mula melihat dan membalas, kemudian adakalanya perbualan tersebut akan berlanjutan.

Jadi, cara terbaiknya di sini adalah, jadualkan masa untuk membalas kesemua e-mel, Whatsapp atau apa-apa sahaja pesanan tersebut.

Tetapkan waktu seperti waktu pagi atau petang sahaja atau mana-mana masa yang bersesuaian. Peruntukan masa selama 1 atau 2 jam sahaja untuk tugasan tersebut kecuali terdesak.

Urus masa anda dengan sebaiknya.

      5) Penjatuhan harga yang kerap

Memang tidak dapat dinafikan, penjatuhan harga serta diskaun yang kerap akan menarik perhatian ramai pelanggan dan pengguna. Adakalanya akan berlaku persaingan harga antara penjual. Dah la harga runtuh, pakej dengan free gift pulak tu!

Taktik sebegitu adalah benar tetapi perlu dikawal. Perkara yang membabitkan harga akan mula meruncing jika anda tidak mengawalnya. Anda sebagai penjual, mempunyai hak untuk menetapkan harga yang berpatutan. Hak anda untuk memilih sama ada harga tersebut seharusnya menjadi sama atau lebih murah dari pesaing. Murah itu bagus tapi ianya harus dibuang jika anda masih belum di dalam kategori kaya raya.

Kesimpulannya, menjauhkan diri daripada 5 perkara di atas tidak menunjukkan anda sebagai seorang yang takutkan risiko. Risiko itu perlu tetapi anda seharusnya berwaspada dan berhati-hati.

Sekiranya anda menggemari artikel seperti ini, sila berikan feedback mahupun respon di ruangan komen di bawah. Terima kasih 🙂

Oleh: N.S Firdaus

Photo by :  ashxatanqner

Rahsia Bagaimana 3 Usahawan Terkenal Ini Berjaya Memperoleh Wang Yang Banyak

 

Tim Draper

     1) Fokus dalam menjana pendapatan bukannya berterusan berjimat

Jangan terlalu berfikir mengenai cara untuk berjimat tetapi fikirkan cara bagaimana untuk menambahkannya! Fikirkan cara bagaimana anda harus memanfaatkan bakat anda. Apabila anda bekerja keras, anda akan kurang mempunyai masa untuk diri sendiri. Save money by focusing on making more. – Tim Draper, VC, founder of Draper Associates and DFJ, dan penulis “How to be The Startup Hero”.

 

 

 Matt Mead 

      2) Perlukan wang lebih? Teruskan berusaha! 

Pertama sekali, anda perlu berhenti berpura-pura dan berangan. Jangan berterusan membuang masa dan tenaga. Orang ramai akan terus melihat, dan sudah pasti ianya tidak akan menghalang keupayaan anda untuk terus maju. Objektif utama adalah untuk berjaya, bukan sekadar angan -angan mat jenin.  Jujur dengan diri anda sendiri.

Kedua, kenal pasti tujuan anda. Menurut Michelangelo“Cabaran terbesar bagi kita bukannya dengan tujuan yang terlalu tinggi dan kemudiannya kecundang, tetapi tetapkan tujuan yang rendah dan capai target itu”. Anda mampu untuk mencapai sesuatu lebih dari yang anda sangkakan, jadi luaskan matlamat anda itu. Kenalpasti matlamat anda berulang kali. Amatlah penting bagi anda untuk memastikan matlamat itu  berada secara visual berhadapan dengan fikiran anda pada setiap masa.

Seterusnya, berusahalah dengan bersungguh-sungguh tentang matlamat anda itu. Jangan berterusan membazirkan wang, berjalan sana sini atau membuang masa tanpa hala tuju. Berusahalah dengan sekuat mampu dan tambahkan nilai kepada usaha orang lain. Lakukan lebih dari yang dipinta. Tanamkan sifat tanggungjawab untuk setiap tindakan anda. Tiada siapa yang berhutang dengan anda. Jika anda mahukannya, berusaha dengan semua orang dan dapatkannya! Tiada istilah jalan pintas – hanya disiplin dan usaha keras. – Matt Mead, founder dan CEO EpekData dan BrandLync, divisions of Mead Holdings Group, Inc.      

     

 

Vladimir Ninov

       3) Adakan simpanan dan kesan kewangan anda

Dengan cara mengawasi pemilihan anda, ianya akan membawa anda jauh ke hadapan. Kenal pasti tabiat harian dan kaji trend perbelanjaan anda. Jika sebelum ini perbelanjaan untuk makan tengah hari anda adalah RM20 sehari, apa kata anda tukarkannya kepada sesuatu yang lebih murah atau bawa makanan sendiri. Mulakan pengambilan pengangkutan awam selain daripada memandu ke tempat kerja. Anda akan mula menyesuaikan diri dengan tabiat baru dan secara tidak langsung akaun bank anda akan turut berkembang.

“A dollar saved is a dollar earned” mempunyai makna yang tersirat buat mana-mana CEO atau usahawan yang sedang berusaha dengan aliran kewangan. Jika anda mempunyai perniagaan, jejaki kewangan anda di suatu tempat dan pantau prosesnya. Memahami dan meningkatkan skor kredit anda adalah penting terutamanya jika anda memerlukan kredit untuk berkembang.

Sesungguhnya, tiada jalan pintas untuk berjaya. Sesuatu kejayaan memerlukan kerja keras, ketabahan, pengambilan risiko, keyakinan, disiplin dan keberanian – Vladimir Ninov, co-founder dan pengarah pemasaran Webcoin.

 

Kesimpulannya, apa-apa jenis pelaburan sudah tentunya akan melibatkan risiko. Oleh itu, potensi untuk kehilangan wang berkemungkinan untuk terjadi. Sebelum melabur, pastikan akan mendapat nasihat kewangan daripada penasihat kewangan professional.

Selamat maju jaya!

Sekiranya anda menggemari artikel seperti ini, sila berikan feedback mahupun respon di ruangan komen di bawah. Terima kasih 🙂

Oleh: N.S Firdaus

Photo by : The Oracles

Rahsia Menghasilkan Video Testimoni Yang Berpengaruh

Untuk menghasilkan sesuatu video testimoni itu tampak menarik untuk ditonton. Tetapi. tahukah anda untuk mendapatkan hasil yang sempurna itu bukanlah sesuatu yang mudah?

Berikut adalah rahsia yang perlu anda tahu semasa menghasilkan sesebuah video testimoni :

       1) Cari Pelanggan yang membuat kekerapan pembelian lebih dari 3 kali

Anda sudah semestinya mempunyai pelanggan setia atau tetap yang akan repeat order lebih dari 3 kali bukan? Melalui kekerapan ini, pernah tak anda terfikirkan sebab mengapa mereka gemarkan produk atau servis anda? Apakah faktor kepada kekerapan pembelian itu?

Untuk pelanggan seperti ini, carilah mereka walau sehingga ke lubang cacing sekalipun kerana mereka adalah duta secara tidak langsung kepada bisnes anda. ‘Feedback’ yang telus dan spontan daripada mereka memainkan peranan yang penting untuk perniagaan anda. Ianya adalah ibarat ‘permata’ yang membuatkannya berharga di dalam memperoleh feedback yang sedemikian. Pentingnya sesebuah data pelanggan dalam memperoleh sesuatu feedback.

       2) Pilih pelanggan yang berbeza bidang pekerjaanya

Pertama, kenal pasti pekerjaan mereka. Pilih pelanggan melalui jenis serta bidang pekerjaan yang berbeza. Pemilihan yang berbeza ini akan mewujudkan variasi kepada jawapan yang diperoleh. Perbezaan variasi ini mudah untuk menarik minat serta keyakinan pengguna luar di dalam sektor pekerjaan yang sama.

Sebagai contoh, jika pelanggan anda adalah seorang kerani dan kebetulan pula yang menontonnya juga adalah seorang kerani. Maka secara psikologinya mereka akan mudah tertarik dengan testimoni dari orang yang mempunyai skop pekerjaan yang sama. Tambahan pula jika pelanggan anda secara tidak langsung akan mengaitkan situasi kerja mereka semasa menggunakan servis atau produk anda.

       3) Pilih pelanggan yang mempunyai masalah yang berbeza

Langkah ini tiada bezanya dengan langkah kedua di atas di mana ianya akan mempengaruhi psikologi ramai orang semasa menonton testimoni anda. Malah langkah ini juga lebih mempunyai kuasa pengaruh yang tinggi kerana ianya melibatkan emosi. Masyarakat lebih mudah tersentuh dengan sesuatu yang melibatkan emosi jika mereka melihat orang yang sama situasinya seperti mereka.

Setiap perbezaan masalah yang dialami mereka membuktikan bahawa bisnes anda turut membawa penyelesaian kepada masalah-masalah tersebut. Pelanggan akan mula merasa khuatir, berjaga-jaga dan senasib dengan pelanggan di dalam video testimoni. Emosi mereka akan mula memainkan peranan dan kemudiannya mereka akan terus memulakan langkah untuk menghubungi anda.

       4) Adakan pertemuan dua muka bersama mereka & menawarkan ‘Win-win Situation’

Langkah terakhir yang boleh digunakan adalah anda sebagai pemilik produk, harus mendekati mereka melalui pertemuan dua muka. Biarlah jemputan itu bukan sekadar jemputan kosong tetapi pastikan mereka memperoleh sesuatu setelah selesai menjayakan video testimoni itu. Inilah yang dinamakan sebagai win-win situation.

Anda sebagai pemilik produk sudah tentu akan memiliki faedah yang lumayan daripada video tersebut. Sebagai balasan, tawarkan sesuatu seperti wang ganjaran, baucer diskaun atau apa-apa sahaja sebagai tanda penghargaan kepada mereka.

Jadi tunggu apa lagi. Ayuh mula bertindak sekarang!

 

Sekiranya anda menggemari artikel seperti ini, sila berikan feedback mahupun respon di ruangan komen di bawah. Terima kasih 🙂

Oleh: N.S Firdaus

Photo by :   Mishkom

Jom Kurangkan Risiko Sales Selepas Raya!

“Alahai… Lepas raya macam ni mesti sales bisnes turun. Yela, raya haritu mesti ramai yang berbelanja besar. Ada ke orang nak beli lagi time-time sekarang? Aduh, macam mana ni!?”.

Begitulah keluhan yang sering anda perdengarkan kepada diri anda sendiri. Betul tak? Itu normal. Tetapi mulai sekarang, jangan hanya terus mengeluh tetapi yang penting, terus tingkatkan usaha anda dan jangan terus mengalah!

Lakukan langkah-langkah ini :

       1) Tembakan balik Kepada Prospek Senyap

Mesti anda pernah mempunyai pelanggan yang senyap dan tidak memberikan apa-apa respon selepas beberapa perbualan awal. Jadi, inilah masa terbaik untuk anda hubungi balik mereka. Tawarkan kepada mereka diskaun/baucer/promosi atau apa-apa sahaja yang akan menarik minat mereka dan membuatkan mereka tidak mahu melepaskannya. Cara ini secara terangnya tidak melibatkan apa-apa kos melainkan masa dan tenaga. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

    2) Nyahkan mindset “Sales akan turun selepas raya”

Jikalau anda berterusan fokus kepada masalah yang dihadapi, adalah lebih baik kiranya anda fikirkan solusi kepada masalah tersebut. Seharusnya fikirkan sesuatu yang positif supaya anda akan mencari jalan lain untuk mengatasi masalah yang mungkin akan berlaku. Jangan berterusan mengalah!

       3) Nyahkan mindset “Orang tidak membeli selepas raya”

Bukan semuanya terkesan dan boros berbelanja. Setiap orang mempunyai kewangan yang berbeza malah mempunyai cara penjimatan wang yang tersendiri. Ada yang hemah berbelanja malah ada yang lebih. Jadi, pengguna-pengguna yang tidak boros berbelanja semasa musim perayaan sudah tentunya tidak akan mempunyai masalah untuk membuat pembelian walaupun selepas raya malah bila-bila masa sahaja yang mereka mahukan. Targetkan sales anda pada mereka.

       4) Lakukan Pendekatan Sasaran atau Tukar Trend Mengikut Situasi Semasa

Anda masih boleh meneruskan kempen promosi anda walaupun selepas raya tetapi pastikan ianya bersesuaian dengan cara penyampaian anda dengan situasi ketika itu. Contohnya kepada peniaga bisnes baju raya, anda masih boleh buat marketing dengan menawarkan tawaran koleksi untuk open-house, majlis keramaian dan sebagainya. Pasti ramai yang akan tertarik lah!

       5) Konsistensi Pemasaran Haruslah Dikekalkan Seperti Sebelum Raya

Ketika pesaing lain sudah mula turn-off marketing mereka, inilah masanya untuk anda lebih aktif dalam memasarkan produk/servis anda. Dari situ, pelanggan akan lebih nampak bisnes anda berbanding yang lain. Anda akan memonopoli trafik news feed mereka dengan iklan bisnes anda. Aturan strategi yang tepat adalah kuncinya!

 

Mudah kan? Jadi jom kurangkan risiko sales selepas raya!

Sekiranya anda menggemari artikel seperti ini, sila berikan feedback mahupun respon di ruangan komen di bawah. Terima kasih 🙂

 

Oleh: N.S Firdaus

Photo by :  Irfan Albanjarie 

3 Content Marketing Yang Perlu Anda Lakukan!

Zaman sekarang banyak bisnes yang lebih menumpukan perhatian kepada pemasaran tidak langsung yang dikenali sebagai content marketing. Pemerhatian seperti ini memainkan peranan yang penting pada masa kini kerana kebanyakkan pembeli lebih gemarkan bisnes yang santai dan tidak terlampau pushy dalam menjual.

Iklan secara terang-terangan kadang kala dilihat kurang menarik perhatian ramai. Hal ini adalah kerana pengguna sekarang lebih gemarkan sesuatu yang mendorong ke arah penyelesaian masalah, perkongsian maklumat dan apa-apa sahaja yang membawa manfaat.

Berikut adalah beberapa content marketing yang perlu anda mulakan dari sekarang untuk bisnes anda :

       1) Interview

Interview atau temubual adalah sesuatu yang mudah untuk didapati kerana ianya berada di sekitar anda. Sebagai contoh, targetkan kepada pelanggan setia dan staff anda serta beberapa peneraju lain. Kaedah ini akan mendorong kepada nilai interaksi yang lebih dekat atau lebih peribadi berkaitan perniagaan.

Secara tidak langsung, kisah pengalaman peribadi terhadap bisnes anda akan lebih menonjol kerana ianya dapat mempengaruhi persepsi orang ramai. Seeloknya biarlah pengalaman yang positif kerana ia melibatkan reputasi bisnes anda juga.

Temubual di antara rakan niaga juga adalah perlu kerana ianya akan menonjolkan profesionalisme anda dalam mewujudkan interaksi dengan bisnes lain. Secara tidak langsung business network anda akan berkembang.

       2) Kajian Kes

Saya pasti ramai yang telah melakukan kaedah ini dan jangan sesekali diabaikan. Kajian kes adalah suatu content marketing yang dapat menfokuskan pengalaman pelanggan mengenai produk anda. Tanyakan respon berserta pengalaman mereka sebelum, semasa dan selepas menggunakan produk anda.

Dari sini, anda akan memperoleh jawapan bagaimana produk mahupun servis anda ini mampu menyelesaikan masalah atau menggembirakan mereka. Pastikan ianya realistik supaya keyakinan mereka akan turut bertambah.

       3) Newsletter

Kaedah newsletter ini adalah contoh terdekat yang sering digunakan ramai. Ianya akan dihantar melalui emel secara terus kepada pelanggan. Newsletter dianggap eksklusif kerana ia tidak dipaparkan secara umum dan khas untuk sesuatu kumpulan sahaja. Dari sini, anda boleh menawarkan mereka kandungan istimewa secara percuma yang tidak akan mereka peroleh dari tempat lain.

 

Pokoknya ianya adalah seperti pepatah, sambil menyelam sambil minum air. Sambil berkongsi maklumat, sambil memasarkan bisness. Mudah bukan? Secara tidak langsung, anda tidak kelihatan seperti mendesak pelanggan untuk membeli tetapi lebih kepada memberikan ilmu dan maklumat kepada orang ramai.

Sekiranya anda menggemari artikel seperti ini, sila berikan feedback mahupun respon di ruangan komen di bawah. Terima kasih 🙂

Oleh: N.S Firdaus

Photo by :  Alacim

5 Cara Terbaik Untuk Meningkatkan Penglibatan Media Sosial Anda

Kebanyakan syarikat faham akan nilai kewujudan dan pentingnya media sosial. Pada tahun 2017, terdapat sebanyak 2.46 billion pengguna media sosial di serata dunia dan bilangan tersebut akan meningkat secara berterusan. Penggunaan media sosial adalah satu cara marketing tool yang mudah untuk perniagaan anda. Anda boleh mempromosikan produk anda di hadapan ribuan malah jutaan pengguna baru tanpa perlu mengeluarkan modal waima satu sen sekalipun.

Jika anda ingin menarik perhatian ramai ke atas jenama anda, berikut adalah 5 langkah bagaimana untuk meningkatkan perhubungan media sosial anda.

       1) Penggunaan imej di post

Penggunaan imej di media sosial adalah suatu kemestian. Dengan adanya pelbagai platform seperti Instagram, Facebook, dan Twitter yang terkenal dengan kemudahan perkongsian imej, ianya adalah suatu kemestian buat anda untuk menggunakan kemudahan tersebut sepenuhnya.

Perkongsian gambaran pengguna berinteraksi bersama dengan produk anda adalah cara terbaik untuk anda lebih dikenali. Variasikan gambaran imej anda dengan sesuatu yang menarik melalui imej-imej yang lebih ceria, berkonsepkan western atau apa-apa sahaja yang bersesuaian dengan produk anda. Anda boleh menggunakan khidmat designer dalam mencipta ilustri custom yang terbaik dan terhebat!

Apabila pengguna sedang melayari feed media sosial mereka, imej yang lain dari yang lain ini akan menarik minat orang ramai untuk mengenali produk anda secara dekat. Cara ini secara tidak langsung akan membawa kepada keputusan penglibatan yang positif di post anda.

 2) Bertanyakan soalan

Permulaan sesuatu soalan bersama dengan followers media sosial anda adalah langkah terbaik dalam menarik penglibatan mereka. Apabila anda post sesuatu di media sosial anda, jangan lupa untuk selitkan sedikit soalan asas di penghujungnya seperti “Bagaimana dengan hari minggu anda? Best tak?”. Langkah ini akan menggalakkan followers untuk respon dan komen.

Anda juga boleh menanyakan soalan yang berkaitan dengan produk anda kepada followers. Sebagai contoh, syarikat pakaian boleh bertanyakan soalan ; “Anda lebih gemarkan tema berwarna pastel atau basic untuk Hari Raya nanti?”. Secara tidak langsung, anda akan memperoleh penglibatan media sosial yang positif di post anda dan sebagai bonus, maklum balas berkaitan produk anda akan turut diketahui.

    3) Menggalakkan reaksi melalui Emojis

Maklumkan pengguna untuk mengekpresikan reaksi mereka melalui emojis. Emojis adalah satu langkah yang menyeronokkan untuk membolehkan pengguna berinteraksi di dalam post anda. Jika anda mahu mereka sukakan sesuatu, tambahkan emoji ‘😍’ dan jika anda ingin memastikan jenaka anda menarik, tambahkan emoji ‘😂’.

Kadangkala, ia boleh menjadi agak sukar untuk menyampaikan emosi melalui penulisan, jadi apabila anda boleh menyatakan emoji anda bersama, followers akan memahami mesej yang ingin disampaikan dengan mudah. Tetapi ingat! Jangan penuhkan post anda dengan emojis yang banyak – ini akan membawa kepada unsur yang agak tidak matang. Gunakan dengan berhati-hati dan pastikan ianya bersesuaian dengan jenama anda.

 4) Mempunyai sifat bergurau (sense of humor)

Kebanyakan daripada mereka yang melayari media sosial adalah bertujuan untuk relaks dan mendapatkan sedikit keseronokkan. Jadi, post yang berunsurkan gurauan akan memperoleh lebih maklum balas dan akan menarik perhatian ramai serta akan selalu diingati. Sebagai contoh, iklan telekung Siti Khadijah dengan tagline “Nak… mak teringin nak pakai telekung Siti Khadijah”. Ramai yang gemar akan iklan ini kerana ayatnya yang ringkas dan padat.

Jika anda rasa skill gurauan (sense of humor) anda agak lemah, jangan risau. Selain daripada membuat post bertulis berunsur gurauan, anda boleh juga berkongsi apa-apa meme atau gambaran lucu kepada followers anda.

   5) Adakan giveaways dan contest

Ramai yang gemarkan hadiah. Jadi, dengan adanya giveaways dan contest, ini akan meningkatkan perhubungan di media sosial anda secara tidak langsung. Cara yang termudah untuk mengadakan giveaways melalui Instagram, Facebook dan Twitter adalah melalui post pengumuman peluang memenangi salah satu dari produk anda kepada followers.

Pastikan anda memasukkan gambaran produk yang bakal dimenangi ke dalam post dan tetapkan beberapa syarat pertandingan wajib. Antaranya, dengan menyuruh mereka follow media sosial anda, diikuti dengan ‘like’ dan ‘share’ post giveaway tersebut. Orang ramai sudah semestinya tidak akan melepaskan peluang untuk mengambil bahagian dalam pertandingan yang menyeronokkan sebegini dan secara tidak langsung, ia boleh meningkatkan jumlah followers anda.

Media sosial adalah medium yang sangat berharga, serta ianya adalah sesuatu yang percuma untuk anda ambil kesempatan di dalam mempromosikan perniagaan anda ke khayalak ramai. Tetapi anda tidak hanya boleh mengiklankan produk anda dan mengharapkan sesuatu keajaiban yang bombastik untuk berlaku tanpa mengusahakan cara marketing yang lain tau! Dengan adanya penglibatan di media sosial, anda akan mempunyai cara anda yang tersendiri untuk mengembangkan penglibatan yang bermakna bersama followers anda serta meningkatkan jualan yang sedia ada.

Sekiranya anda menggemari artikel seperti ini, sila berikan feedback mahupun respon di ruangan komen di bawah. Terima kasih 🙂

Oleh: N.S Firdaus

Photo by :  Artsy Couture